Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan suami kepada Adira mengakui dia sudah muflis sejak 2019 dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mencari pendapatan.
Sanggup Mengetepikan Perasaan Malu
Di atas keadaan tersebut Datuk Red dikatakan sanggup mengetepikan rasa malu dengan menggunakan platform TikTok untuk mencari pekerjaan demi keluarga dan anak-anaknya.
Terbaru, satu hantaran di TikTok milik Datuk Red menjadi perhatian warga net. Dalam hantaran tersebut, kelihatan Datuk Red menzahirkan rasa syukur apabila dia telah menerima ‘job’ model baju Melayu daripada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Datuk Red di laman TikToknya, dia tidak pernah menyangka diberi peluang daripada jenama tersebut selain meluahkan rasa bangga dengan kejayaan perniagaan anak Melayu.
Selipar Jadi Perhatian
Dalam pada itu, selain perkongsian video, selipar yang dipakai oleh Datuk Red juga menjadi perhatian dari warga net.
Datuk Red juga ada menjelaskan bahawa selipar yang digunakan olehnya adalah selipar yang diberi pinjam oleh Anas.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan dan mendapat lebih 211,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Red juga turut berterima kasih kepada beberapa pihak yang terlibat dan menyeru kepada orang ramai supaya menyokong perniagaan syarikat tersebut.