Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKongsi Video Kejayaan Di Oman, Azhar Sulaiman Doakan Khairul Amin Berjaya Seperti...

    Kongsi Video Kejayaan Di Oman, Azhar Sulaiman Doakan Khairul Amin Berjaya Seperti Fidias Panayiotou

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terdahulu kecoh di media sosial mengenai kejayaan yang telah berjaya dilakarkan oleh seorang anak muda, Khairul Aming apabila dia menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon susulan konten yang dihasilkan sewaktu berada di negara tersebut.

    Dijemput Oleh Tourism Oman

    via Instagram Azhar Sulaiman

    Terbaru sekali lagi menjadi kebanggaan apabila dia dijemput oleh Oman Tourism untuk siri jelajah negara itu selama lapan hari dan tujuh malam.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikToknya, dia yang sudah berada di negara tersebut akan memulakan penggambaran bersama tiga ahli pasukannya dengan berbekalkan lapan biji kamera.

    Ujarnya, pihak pelancongan Oman telah menyediakan kemudahan tempat tinggal bertaraf lima bintang kepada pasukannya dan dia turut dibenarkan untuk meminta sebarang keperluan lain.

    Hasil daripada video New Zealand, kita dijemput Oman Tourism untuk explore Oman selama 8 hari 7 malam.

    Tourism diaorang bagi semua benda 5 star, mintak la apa pun semua diaorang bagi.

    Berbekalkan dengan 8 biji camera, 7 hari shooting, 3 team members, Oman series ni hopefully akan jadi lagi besar dari New Zealand series.

    Stay tuned untuk 7 episod nanti.

    Azhar Sulaiman Doakan Kejayaan Khairul Aming

    via Tubefilter

    Perkongsian kejayaan tersebut telah meraih pujian dan kata-kata semangat oleh warga netizen. Ramai yang turut berbangga dengan kejayaan yang sedap diraih oleh Khairul Aming.

    Rakan selebriti juga turut memberikan komen mengenai perkara tersebut dan salah seorang daripadanya adalah pelakon senior Azhar Sulaiman.

    Tulis Azhar menerusi hantaran di Instagramnya, dia sentiasa mendoakan kejayaan Khairul Aming dan semoga kejayaannya itu boleh setanding Yotuber terkenal Fidias yang kini sudah menjadi ahli parlimen di negara Eropah.

    Behar doakan Semoga Khairul Aming akan berjaya seperti Fidias from Youtuber kini menjadi EU MP selepas seluruh Rakyat Cyprus mengundi beliau.

    KA Is A Real McCoy!

    Diruangan komen, ramai yang bersetuju dan sependapat dengan apa yang dinyatakan oleh Azhar Sulaiman tersebut.

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts