Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKonon ‘Kerajaan 9’ Di Melaka Diwujudkan Sebagai Persiapan Akhir Zaman, Mawla Amin...

    Konon ‘Kerajaan 9’ Di Melaka Diwujudkan Sebagai Persiapan Akhir Zaman, Mawla Amin Didakwa Tipu Jadi Nasab Suci Nabi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa sangka, kes penderaan seorang pelajar di sebuah madrasah tahfiz di Selangor akhirnya membongkar konspirasi pihak yang cuba mengeksploitasi nasab suci Nabi.

    Giat mengutip dana awam secara tidak sah, mudir madsarah terbabit juga didakwa begitu aktif mempromosi individu dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani.

    Mawla Amin merupakan seorang individu yang mendakwa dirinya adalah warganegara Maghribi dan mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

    Hakikatnya, lelaki yang memegang kewarganegaraan dari negara Perancis-Algeria itu sebenarnya langsung tidak mempunyai kaitan dengan nasab suci Baginda SAW.

    Perkara tersebut telah disahkan oleh Kementerian Luar Maghribi, Bahagian Hal Ehwal Asean menerusi surat maklum balas yang diperoleh pihak Skuad Khas Harian Metro.

    Difahamkan, pemilik nama sebenar Mohamed Amin Ouradj itu dilahirkan pada tahun 1984 di Algiers, Algeria sebelum berpindah ke Perancis mengikut ahli keluarganya.

    Amin yang berjaya memperdaya segelintir masyarakat tempatan itu juga langsung tiada pertalian dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau jalur keturunan Baginda SAW yang lain.

    Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk madrasah yang beroperasi di Selangor tersebut.

    Terkini, kerajaan sudah memantau gerakan seorang mudir madrasah yang didakwa secara aktif mempromosikan ‘Mawla Amin’ sejak empat bulan lalu.

    Memetik laporan penuh Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pada mulanya tiada sebarang kemusykilan dikesan dengan gerakan berkenaan namun sejak akhir-akhir ini terdapat kelainan yang ditonjolkan oleh individu warganegara Maghribi itu.

    “Sebab itulah kebimbangan mula timbul, kita harapkan masyarakat Islam khususnya supaya tidak terjerumus, sekiranya ajaran ini benar-benar menyeleweng daripada ajaran Islam.

    “Kita harapkan masyarakat dapat merujuk terus kepada Jabatan Mufti untuk mendapatkan status ajaran berkenaan,” katanya.

    Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki didakwa mengutip dana awam secara tidak sah, selain cuba mewujudkan penempatan dinamakan ‘Kerajaan 9’ di Melaka konon sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

    ALSO READ:  UNIQLO Perkenal Koleksi Edisi Terhad Marimekko Summer 2024

    Mohd Na’im menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan tertentu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts