Peminat muzik di Malaysia bakal dihiburkan oleh dua nama besar industri muzik Indonesia, Afgan dan Lyodra, dalam sebuah konsert epik yang berjudul ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada tarikh 28 September 2024 ini di Megastar Arena, KL, dibawakan khas oleh syarikat penganjur konsert terkemuka negara, Kharisma Music (KM) bersama-sama jenama kosmetik popular tanah air iaitu Alha Alfa, dengan Intan Gelombang dan Futurace.
Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, menyatakan bahawa mereka buat pertama kalinya di Malaysia menggandingkan dua penyanyi ‘top’ Indonesia dalam satu pentas buat tatapan khas penonton di Malaysia.
“KM sentiasa ke depan dalam menyajikan hiburan secara ‘live’ dalam bentuk fizikal buat peminat muzik di Malaysia, dan apabila melihat keserasian Afgan dan Lyodra berduet dalam ‘Ada’ membuat kami (KM) teruja untuk menggandingkan mereka berdua dalam sebuah konsert buat pertama kalinya di Malaysia.”-kata Jeffny
Bakal Sajikan 20 Buah Lagu Buat Peminat
Pada malam konsert nanti, penonton bakal disajikan dengan hiburan tanpa henti yang berdurasi selama 2 jam 30 minit dengan 20 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama iringan 12 pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia, dan menariknya, Afgan dan Lyodra sendiri yang akan merencanakan koordinasi muziknya.
Tiket-tiket ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ sudah pun mula dijual pada 10 Julai 2024 lalu di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra dan beberapa kategori tiket seperti VVIP dan VIP sudah habis terjual dalam masa beberapa hari sahaja, manakala kategori tiket lain masih lagi ada tetapi dalam kuantiti yang terhad:
- Pesan Terakhir (RM258)
- Escape (RM338)
- Sang Dewi (RM458)
- Panah Asmara (RM488)
View this post on Instagram
Jangan lepaskan peluang!