Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKonsert B.I 2024 TOUR ‘HYPE UP’ Di Kuala Lumpur Berjaya Mengujakan 3,000...

    Konsert B.I 2024 TOUR ‘HYPE UP’ Di Kuala Lumpur Berjaya Mengujakan 3,000 Peminat Yang Hadir!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, berlangsungnya konsert jelajah bintang Kpop yang dikenali ramai iaitu B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment yang mendapat sambutan ramai. Bertempat di Mega Star Arena memuatkan seramai 3,000 peminat yang hadir bagi menyaksikan secara langsung konsert dari idola kesayangan mereka itu.

    B.I membuka pentas dengan lagu “Micheangelo” dan kemudian meneruskan dengan lagu-lagunya yang lain termasuklah lagu yang menjadi kegilaan ramai iaitu BTBT. Konsert yang berlangsung selama 3 jam itu telah memberi impak yang tinggi kepada peminat apabila B.I menyanyikan sebanyak 25 buah lagu.

    View this post on Instagram

    Rata-rata peminat yang hadir pada konsert tersebut sangat berpuas hati dengan nyanyian bertenaga yang diberikan oleh B.I itu. Mereka juga mengatakan bahawa mereka akan sentiasa menyokong kerjaya B.I tidak kira di mana jua dia berada.

    Tambah mereka lagi, mereka mengharapkan agar penyanyi kpop tersebut terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti terutamanya buat peminat tersayangnya itu.

    Selain itu, beberapa peminat yang bertuah turut diajak naik ke atas pentas untuk menari bersama bintang kpop tersebut sehingga membuatkan suasana bertambah meriah dengan jeritan dari peminat yang menonton.

    Apa-apa pun, semoga B.I akan terus memilih Malaysia untuk konsertnya pada masa akan datang. Apa kata anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts