Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKonsert By Ajai & Mega Friends Benar-Benar Mega! Himpunkan Tiga Pemenang Vokal...

    Konsert By Ajai & Mega Friends Benar-Benar Mega! Himpunkan Tiga Pemenang Vokal Terbaik Secara ‘Hattrick’ Atas Satu Pentas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Konsert By Ajai & Mega FriendsKonsert By Ajai & Mega Friends

    ‘Syurga…’ itulah perkataan yang diungkapkan oleh penyanyi dan komposer terkenal, Ajai bagi menggambarkan perasaanya menerusi kejayaan Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, baru-baru ini.

    Konsert By Ajai & Mega Friends

    Konsert By Ajai & Mega FriendsKonsert By Ajai & Mega Friends

    Konsert By Ajai & Mega Friends yang dihadiri kira-kira 4,000 penonton itu bukan sekadar persembahan, tetapi ibarat sebuah perjalanan kerjaya seni pemilik nama sebenar Mohamad Faizal Mass selama 35 tahun dalam industri.

    Ajai yang ditemui usai konsert berkata, dia bersyukur segala perancangan yang diatur berjalan lancar selain meluahkan rasa gembira apabila satu lagi sejarah peribadi tercipta untuknya.

    Kalau cakap fasal perasaan sudah pasti rasa bersyukur dan gembira sangat. Melihat ramai peminat yang bukan hanya datang dari Malaysia, tetapi ada yang terbang jauh dari Indonesia, Brunei. Perasaan ibarat syurga.

    Lebih mengujakan lagi apabila Ajai turut membawakan barisan penyanyi hebat seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Illa Sabry, Aufahanie dan Raes untuk menyampaikan 18 untaian lagu hits miliknya.

    Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan Ajai ‘menang besar’ apabila berjaya membawa kembali penyanyi bervokal hebat iaitu Hafiz Suip pada konsert tersebut.

    Dalam pada itu, Ajai berkata, dia akui sukar untuk memutuskan lagu apakah yang mahu dibawa dalam konsert tersebut memandangkan karya ciptaan melebihi 1,000 yang kebanyakkan menjadi siulan peminat.

    Rangkaian lagu yang saya pilih untuk konsert ini tidaklah terlalu jauh tahunnya, bermula dari 90-an hingga era sekarang. Lagu hasil penulisan saya yang sudah di pasaran lebih 1,000 dan single yang hits ada lebih kurang 80.

    Konsert By Ajai & Mega FriendsKonsert By Ajai & Mega Friends

    berkesempatan menjadi saksi kejayaan konsert yang berlangsung lebih dua jam itu. Jom recap momen menarik yang berlaku di Konsert By Ajai & Mega Friends.

    ALSO READ:  [VIDEO] Khairul Aming Tunai Umrah, ‘Outfit’ Bersahaja Di ‘Airport’ Raih Pujian Netizen – ‘Tak Ada Pun Pakai Barangan Berjenama’

    Sebelum Ajai membuka tirai konsert dengan lagu berjudul ‘Semua Orang Tahu’ (Rem), ‘Aku Lebih Tahu’ (Mila Jirin) dan ‘Percayalah’ (Datuk Seri Siti Nurhaliza), penonton disajikan dengan tayangan skrin yang memaparkan anugerah yang pernah dimenanginya.

    Antara anugerah yang pernah diraih termasuk di Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Planet Muzik (APM) dan banyak lagi.

    Kemudian konsert diteruskan dengan persembahan oleh Aufahanie yang menyampaikan lagu ‘Saat Hilang Cintamu’ nyanyian arwah Siti Sarah sekali gus membuat penonton berasa sebak.

    Saya kenal arwah Siti Sarah masa dia menyertai sebuah pertandingan iaitu Bintang RTM. Pertama kali saya dengar terus dapat rasakan ada sesuatu pada suaranya.

    Dan kenapa saya pilih Aufa untuk bawakan lagu ini kerana dia ada pembawakan alunan lenggok Melayu pada suaranya.

    Konsert By Ajai & Mega FriendsKonsert By Ajai & Mega Friends

    Aufa yang juga bekas peserta program Big Stage turut menyampaikan lagu ‘Keliru’ dan ‘Lagu Rindu’ yang merupakan lagu asal Ajai duet bersama bekas isterinya, Nurul.

    Bercerita tentang Nurul, Ajai memberitahu lagu duetnya bersama bekas isteri banyak memberikan kenangan dan kejayaan dalam kerjaya seninya.

    Kehangatan konsert diteruskan dengan persembahan Hazama yang menyampaikan dua lagu iaitu ‘Amaran Mama’ dan ‘Juwita’.

    Tidak terhenti di situ, penonton kemudian dikejutkaan dengan persembahan istimewa oleh Illa Sabry menyampaikan lagu berjudul ‘Keranamu Kekasih’.

    Lagu yang menjadi runut bunyi filem Gerak-Gerak Khas ini sekali gus mengimbau nostalgia penonton yang turut menyanyi bersama-sama.

    Konsert By Ajai & Mega FriendsKonsert By Ajai & Mega Friends

    Kemunculan Aina paling dinantikan penonton. Nampak sahaja kelibat penyanyi berusia 30 tahun itu muncul, penonton menjerit seperti kerasukan.

    Aina telah menyampaikan lagu ‘Hati Ini Telah Dilukai’ nyanyian asal diva popular Indonesia, Krisdayanti duet bersama Ajai.

    ALSO READ:  [VIDEO] Rambut Terbaru Hael Husaini Cetus Perhatian Netizen!-“Macam Gaya Noh Salleh Masa Muda Dulu”

    Pemenang Anuegerah Juara Lagu 37 (AJL 37) itu turut menyampaikan lagu popular nyanyian Ning Baizura berjudul ‘Selagi Ada Cinta’ dengan gaya tersendiri meskipun akui lagu tersebut sebuah karya yang berat.

    Ajai sempat bercerita tentang pemilihan Aina sebagai penyanyi undangan.

    Aina mengingatkan saya tentang diri saya yang dulu. Bermula sebagai penyanyi dan penulis lirik, kami ada persamaan, seorang ‘songwriter’.

    Paling dinanti-nantikan penonton adalah persembahan daripada Hafiz Suip yang selama ini telah ‘menyepi’ selama tiga tahun.

    Beruntungnya penonton yang hadir ke konsert berkenaan dapat melihat Hafiz membuat ‘comeback’ sekali gus mengubat kerinduan peminat untuk mendengar suaranya yang hebat.

    Hafiz telah menyampaikan dua buah lagu iaitu ‘Ku Akui’ dan ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ (Datin Alyah).

    Seluruh dewan bersorak kegembiraan dan memberi ‘standing ovation’ usai juara Akademi Fantasi 7 itu membuat persembahan. Memang gempak habis!

    Konsert By Ajai & Mega FriendsKonsert By Ajai & Mega Friends

    Pada segmen terakhir, Ajai telah munculkan Dayang bagi melengkapkan barisan penyanyi undangan.

    Kehebatan Dayang usah disangkal apabila setiap bait-bait lirik yang dilontarkan sampai ke hati penonton.

    Dayang menyampaikn dua buah lagu iaitu ‘Kesetiaan’ nyanyian arwah Siti Sarah dan lagu hits miliknya, ‘Seandainya Masih Ada Cinta’.

    Secara tidak langsung, Ajai sebenarnya telah membawakan tiga pemenang vokal terbaik AJL yang memenangi kategori tersebut secara ‘hattrick’ di atas satu pentas, iaitu Hafiz Suip, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts