Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKonsert Cipta M Nasir Di Axiata Arena Berjaya Pukau 8,000 Penonton!

    Konsert Cipta M Nasir Di Axiata Arena Berjaya Pukau 8,000 Penonton!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini telah berlangsung konsert seorang figura seni bernama M.Nasir iaitu DATO’ M.N45IR CIPTA yang berlangsung pada Sabtu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Berjaya memukau seramai 8,000 penonton, konsert figura berusia 66 tahun ini turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani anak perempuannya, Nurul Izzah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    Malah, Dato M Nasir turut menitipkan ucapan serta menyanyikan Selamat Hari Lahir buat Perdana Menteri yang meraikan hari lahirnya yang ke-77 pada hari konsert berkenaan.

    Selain tetamu kehormat, konsert M Nasir ini dihadiri ramai rakan selebriti seperti Fauziah Nawi, Ella, Lan Solo, Musa Exists, Eddie Wings, Neves Pretty Ugly, Bunkface, Marsha, Ziana Zain, dan Misha Omar.

    Berdurasi selama dua jam, M Nasir berjaya menghiburkan peminat lebih 20 buah lagu termasuklah Suatu Masa, Sentuhan Listrikmu, Apokalips, Senandung, Semalam, Hati Emas, Bikin Filem dan banyak lagi.

    Bukan sahaja membawakan lagu-lagu dari album solo miliknya, Dato’ M Nasir turut memukau penonton dengan lagu-lagu ciptaan magisnya yang diberikan kepada Search, Alleycats, Awie, Seha, BPR, Kristal, Def Gab C, dan Rahim Maarof.

    Dengan iringan 25 para pemuzik dan penyanyi latar, konsert ini telah berjaya mencipta sejarah tersendiri buat hati dan mata yang menonton.

    Konsert anjuran penganjur, Icon Entertainment ini adalah sempena penglibatan Dato M Nasir selama 45 tahun dalam industri seni tanah air.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts