Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKonsert Jiwa Malaysia Bukan ‘Hiburan Kosong’, Berjaya ‘Suntik’ Semangat Patriotik 15,000 Penonton!

    Konsert Jiwa Malaysia Bukan ‘Hiburan Kosong’, Berjaya ‘Suntik’ Semangat Patriotik 15,000 Penonton!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Konsert Jiwa Malaysia yang telah berlangsung pada 7 September 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil baru-baru ini disifatkan sebagai bukan hiburan kosong semata-semata. Sebaliknya, penuh dengan nilai-nilai yang mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan terutama dalam kalangan generasi muda.

    Dengan berbesar hati, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event selaku penganjur meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada enam kugiran terbaik tanah air bersama seorang solois yang mewakili Jiwa Malaysia iaitu Spider, Hujan, Ruffedge, Bunkface, Insomniacks, DOLLA, dan Bella Astillah.

    via Perbadanan Stadium Malaysia

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim turut hadir memberi sokongan malah menggalakkan penganjuran konsert bertemakan patriotik di negara ini. Menurutnya menerusi penganjuran konsert seperti ini mampu menerapkan nilai patriotism dalam diri masyarakat terutama sekali golongan belia.

    “Menerusi konsert seperti Jiwa Malaysia 2024 ini, saya anggap ia satu medan ekspresi patriotik kerana tidak semestinya nilai kenegaraan itu sebagaimana yang biasa kita tengok atau baca ikrar dan sebagainya.

    Kehadiran 15 ribu penonton pada malam ini merupakan pencapaian memberangsangkan dan menunjukkan betapa besar minat dan sokongan golongan muda. Ia mencerminkan betapa rasa cinta terhadap negara sentiasa mekar dan tumbuh segar,” ujar Adam Adli.

    Mula Banjiri Stadium Seawal Jam 2 Petang

    Via Perbadanan Stadium Malaysia

    Seramai 15,000 pengunjung telah mula membanjiri stadium pada seawal jam 2 petang dan konsert bermula pada pukul 6 petang dengan kemunculan Bella Astillah dan Dolla.

    Lebih Dari 20 Buah Lagu

    via Perbadanan Stadium Malaysia

    Enam band tempatan termasuklah seorang solois berjaya mempersembahkan lebih dari 20 buah lagu buat para peminat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, pada malam Sabtu.

    1)Bella Astillah
    – Kurik Kundi
    – Terlalu Cinta

    2) DOLLA
    – Classic
    – Impikan
    – Boss Up
    3)Insomniacks
    – Igauan Malam
    – Reminisensi
    – Belum Mulai
    – Teman
    – Sempurna
    – Pulang

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Aina Abdul Terlupa Lirik Cetus Perhatian Ramai!-“Comel Tapi Lucu, Berdekah Aku Gelak”

    4)Ruffedge
    -Tipah Tertipu

    -Da Bomb
    -Lemas
    -Bila Rindu
    – Khayalan

    5)Spider
    -Cinta Dewa Dewi
    – Kasih Latifah
    – Salut
    – Tapi Bagaimana
    – Relaku Pujuk

    6) Bunkface
    -Malam Ini Kita Punya
    – Extravaganza
    – Rentak Laguku
    – Panik
    – Darah Muda
    – Situasi
    – Revolusi
    7)Hujan
    -Pemicu Gila
    – Obsesi
    – Kamar Sepi
    – Pagi Yang Gelap
    – Dugaannya
    – Mencari Konklusi
    – Kembara
    – Empayarmu
    – Aku Skandal
    -Rumah Kita

    View this post on Instagram



    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts