Konsert solo Datuk Awie yang diberi nama ‘Journey’ akan menawarkan pengalaman unik dengan gabungan monolog dan persembahan teatrikal.
Perjalanan 30 tahun
Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo.
Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu popular yang mengimbau kenangan dari album-album kompilasi beliau yang memegang rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris Di Malaysia. Konsert ini juga merupakan konsert solo terakhir Awie.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn.Bhd, Samsul Kamal, ramai yang menantikan konsert solo ini.
Tiket bagi beberapa kategori telah pun habis dijual dalam beberapa jam sahaja selepas dilancarkan. Malah, laman web turut mencipta sejarah menerima kunjungan yang paling tinggi pada jam pertama tersebut.
Kami telah mula menjual tiket seminggu lebih awal bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran dan pada masa yang sama menikmati diskau bagi setiap pembelian.
Disoal mengenai keistimewaan konsert ini, Samsul berkata, mereka akan menampilkan barisan pemuzik handalan seperti Rozario Rasul yang akan bertanggungjawab sebagai Pengarah Muzik dan bertindak sebagai pemain keyboard. Manakala pemian gitar pula ialah Ritz MetalAsia, Addy Crandle, Fly Halizor, Ujang Exist dan Pa’ang Zaman.
Untuk konsert kali ini, Awie akan mempersembahkan lebih daripada 20 lagu. Ujar Awie, konsert ini bakal meninggalkan satu kenangan yang paling manis buat semua peminat.
Terma dan konsep unik yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini merupakan bingkisan yang begitu perinadi daripadanya dari maya untuk semua. Hanya yang terbaik untuk semua peminat yang hadir pada 3 Ogos in