Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKonsert Liza Hanim Memperoleh Sokongan Luar Biasa: Siti Nurhaliza, Ziana & Anuar...

    Konsert Liza Hanim Memperoleh Sokongan Luar Biasa: Siti Nurhaliza, Ziana & Anuar Zain Turut Sertai Anak dan Tribute Khas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Impian Liza Hanim untuk mengadakan konsert setelah 27 tahun berada di dalam industri seni akhirnya tercapai apabila dia berjaya melakukan konsert solo berskala besar ‘Liza Hanim 27 Years Journey In Concert’ di  Zepp Kuala Lumpur, Ahad lalu. Tahniah!

    Buka konsert dengan busana merah

    Membuka tirai konsert dengan lagu medley Imaginasimu (Hey Liza) dan Dunia Cinta, Liza Hanim atau nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim tampil anggun mengenakan busana berwarna merah hasil sentuhan pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

    Konsert yang bermula lebih kurang pukul 8.30 malam itu menjadi semakin rancak apabila Liza mendendangkan lagu melankolik yang pertama iaitu ‘Getaran Cinta Di Jiwa’. Menurut Liza, dia mempunyai banyak lagu untuk dinyanyikan pada malam tersebut dan berharap semua penonton boleh menyanyi bersama.

    Selepas ‘Getaran Cinta Di Jiwa’, penyanyi yang berasal dari Klang, Selangor ini meneruskan persembahannya dengan lagu Cintailah Aku Sepenuh Jiwa, Lepas Biar Bersebab, Bahtera Cintamu, Izinkan Ku Berlalu, Kata Hati, I Love You, Ku Idamkan Rindu, Biarkan Aku Merinduimu, Kerana Terlalu Menyintaimu dan Puteri Jelmaan.

    Tribute untuk Allahyarham P Ramlee & insan yang rapat

    Untuk segmen seterusnya, Liza Hanim berjaya membuat peminat mengalirkan air mata. Mana taknya, lagu-lagu untuk segmen tersebut ternyata sangat dekat dengan dirinya sebagai anak seni. Liza memulakan persembahannya dengan lagu Di Manakan Ku Cari Ganti, Jeritan Batinku dan Istana Cinta.

    Sepanjang lagu Di Manakan Ku Cari Ganti, Liza telah melakukan tribute buat semua insan yang telah ‘pergi’ meninggalkannya termasuk Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, Adibah Noor dan ahli keluarganya.

    Paling menyentuh perasaan, Liza turut mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu ‘Tiada’. Ujar Liza, lagu itu ditujukan khas kepada arwah bapanya iaitu Allahyarham Abdul Halim Abdul Razak.

    Lagu ini dekat di hati saya. Gubahan saya dan lirik ditulis Fedtri Yahaya. 2019 adalah momen paling menyedihkan buat saya kerana pemergian ayah. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan saya Liza Hanim. Saya sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak menangis. Saya tidak pernah dapat selesaikan lagu ini tanpa menangis.

    Walaupun dilihat tidak dapat menahan sebak, Liza berjaya menyanyikan lagu tersebut sehingga selesai. Persembahannya diteruskan dengan lagu Sejuta Maaf selepas itu.

    ALSO READ:  Zahirah Macwilson Kongsi Keadaan Inara Alami Ekzema & Alergi Protein Lembu, Para Ibu Kongsi Tip!

    Sakit bukan penghalang!

    Perasaan seorang ibu apabila dapat melihat anak sulung berada di pentas yang sama membuatkan Liza bersyukur dan terharu. Meskipun berdepan masalah kesihatan, Liza gembira apabila anaknya, Marsya Qistina ada di sisinya. Mereka berduet lagu Bahagiakan Dia pada waktu itu.

    Pentas Konsert Liza Hanim turut meninggalkan kenangan terindah buat peminat apabila Marsya menyanyikan lagu ‘Temanku Tersayang’ secara solo.

    Diiringi pancaragam setelah siap memakai busana yang kedua, Liza terus menghiburkan peminatnya dengan lagu Bebas, Hadir Dirimu, You Don’t Add Up, Best Of Me, Merawat Luka Terpendam, Lara, Semilir, Jatuh Cinta, Siapa Sangka Siapa Menduga, Andainya Aku Bersuara, Ke Teruskan dan lagu wajib iaitu Gelisah Mimpi.

    Ramai rakan artis hadir

    Tidak henti di situ, Liza menutup tirai konsertnya dengan lagu ‘My Heary Will Go On’.

    Konsert anjuran LH Media Sdn Bhd bersama Laugh Out Loud Entertainment turut diserikan kehadiran artis popular tanah air. Antara rakan artis yang hadir adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Anuar Zain, Marsha, Jaclyn Victor, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Aisha Retno, Dina Nadzir, Haziq Hussni, Zul 2BY2 dan Dafi Ismail.

    Liza Hanim 27 Years Journey In Concert yang menterjemahkan perjalanan seni lebih dua dekad itu turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures Sdn Bhd.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts