Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKonsert Telan Kaset 90’An Bakal Pukau Peminat Oktober Ini, Harga Tiket Hanya...

    Konsert Telan Kaset 90’An Bakal Pukau Peminat Oktober Ini, Harga Tiket Hanya RM45!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Buat pertama kalinya, jenama mi segera popular tanah air, Vit’s dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia membawakan Festival Muzik Vits – ‘KONSERT TELAN KASET 90’AN’ bersempena dengan Festival Mi Malaysia yang pertama pada 12 dan 13 Oktober 2024 ini bertempat di lokasi terbuka Padang Timur, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi sehingga 11:30 malam dengan membawakan artis-artis tersohor negara era 90’an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi.

    Menurut Puan Baizura Tazri, selaku penganjur bagi pihak Vit’s, tujuan konsert ini diadakan adalah bagi mengubati kerinduan peminat-peminat muzik 90’an dengan membawakan lagu-lagu ‘hits’ era tersebut dan menggabungkan pesta makanan berasaskan mi seperti laksa, mi kari, mi bandung, pasta, dan bermacam lagi.

    “Selain mengubati kerinduan peminat, konsert ini juga bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia melalui hasil jualan tiket konsert, dan dana yang diperolehi akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan para karyawan yang sedang sakit ataupun uzur yang memerlukan bantuan, selari dengan tujuan penubuhan persatuan ini,” kata Pn. Baizura.

    View this post on Instagram

    A post shared by Konsert Telan Kaset 90’an x Malaysia Noodle Fest (@vitsmusicfest)

    Dijangkakan seramai 17 orang penyanyi 90’a yang terlibat sepanjang 2 hari berlangsungnya Festival Muzik Vits ini bermula dari jam 8 sehingga 11:30 malam dengan membawakan pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop dan irama Malaysia.

    Tiket-tiket ke KONSERT TELAN KASET 90’AN dan karnival telah mula dijual secara atas talian sejak 16 Ogos 2024 di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 seorang.

    Manakala, tiada pembayaran yang dikenakan ke Festival Mi Malaysia.

    Jangan lepaskan peluang!



    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts