Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKonsert WALI X SETIA “Cari Jodoh” & “Dawai” In Penang Berlangsung Meriah!

    Konsert WALI X SETIA “Cari Jodoh” & “Dawai” In Penang Berlangsung Meriah!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Konsert mega yang pertama kali diadakan, KONSERT WALI X SETIA “CARI JODOH” & “DAWAI” DI PULAU PINANG yang dianjurkan oleh syarikat penganjur konsert utama, Orange International (OI) telah berjaya menghiburkan peminat-peminat muzik khususnya di bahagian Utara.

    Dikejutkan Dengan Penambahan Band

    via Joeprcinternational

    Perancangan asal yang melibatkan satu kumpulan pop popular dari Indonesia (Wali Band) telah dikejutkan dengan penambahan satu lagi kumpulan pop (Charly Setia Band).

    Selain itu, penonton turut dapat menikmati persembahan oleh penyanyi Indonesia yang semakin popular, Fadhilah Intan yang terkenal dengan lagu Dawai serta penampilan penyanyi terkenal Malaysia, Saixse dan juga Khai Bahar.

    Konsert yang berlangsung di Spice Arena, Pulau Pinang menampilkan Wali membawakan 12 lagu hit termasuk Cari Jodoh, Ada Gajah Di Balik Batu, Si Udin Bertanya, Yank, Aku Bukan Bang Toyib dan lain-lain.

    Wali Band Terharu

    via Joeprcinternational

    Wali Band juga mengucapkan terima kasih kepada peminat di Malaysia dan gembira dengan sambutan yang diterima dari penduduk Malaysia.

    Terima kasih kepada semua peminat kami di Malaysia yang hadir menonton penampilan Wali, anda semua adalah yang terbaik!

    Kami sangat gembira dapat menghiburkan anda semua dan ‘asyik’ bernyanyi bersama-sama dengan kami.

    Sementara Charly Setia membawakan lagu-lagu popular mereka seperti Cinta Sampai Mati, Jangan Pernah Berubah dan Asmara.

    Kemunculan Fadhilah Intan, Sixse Dan Khai Bahar

    via Joeprcinternational

    Malam konsert menjadi meriah apabila penyanyi Fadhilah Intan menyanyikan lagu Dawai yang dinantikan ramai, dan lebih istimewa apabila beliau turut menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

    Malam konsert bertambah hangat apabila giliran Saixse pula muncul di pentas dengan menyanyikan lagu Malam Pagi yang dinyanyikan bersama oleh semua penonton yang hadir, dan Khai Bahar pula membawakan lagu Luluh, Bayang, Oh Wanita dan sebuah lagu bonus, Lemas.

    ALSO READ:  Pertama Kali Bawa Lagu Pop Balada Melayu, “KERTAS” Jadi Karya Ketuhanan Istimewa Noryn Aziz

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts