Pada Ahad lepas, penyanyi antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna telah mengadakan konsert di Kuala Lumpur.
Konsert Yang Dinantikan Oleh Peminat
Konsert Yunaverse yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini merupakan konsert yang sangat dinantikan oleh peminat Yuna setelah sekian lama dia tidak mengadakan konsert secara penuh di Malaysia.
Pada konsert tersebut, Aizat Amdan ataupun Ai. Z turut menjadi tetamu jemputan dengan menyanyikan beberapa lagu berbahasa Malaysia dan Inggeris termasuklah single terbarunya.
Ambil Masa Enam Bulan
Menurut Yuna, konsert Yunaverse ini telah dirancang enam bulan sebelum tarikh ia diadakan dan Yuna juga turut berkongsi di Instagram storynya bahawa ini merupakan antara salah konsert terbesar yang pernah diadakan di Malaysia.
Pelbagai lagu dari pelbagai album yang dibawakan oleh Yuna, termasuklah lagu-lagu yang menjadi ‘evergreen’ Yuna seperti Deeper Conversation, Dan Sebenarnya, Terukir di Bintang dan banyak lagi.
Malahan, peminat juga dapat menyaksikan Yuna menari dengan lagu-lagu yang rancak dari album Rouge seperti Forevemore, Castaway dan Blank Marquee.
Tidak Dapat Menahan Sebak
Pada akhir persembahan, Yuna membawakan lagu Camaraderie dan pada akhir lagu tersebut, Yuna kelihatan tidak dapat menahan sebak sehingga tidak dapat mengatakan apa-apa.
@atynkatsumi It was an amazing show. From her latest album, Bad Intentions to the oldest song of Deeper Conversation. Welcome home @yunazarai #Yunaverse #YunaverseInKL
Melihat pada komen daripada satu perkongsian akaun Tiktok, ramai peminat yang turut rasa terharu dan bangga apabila Yuna akhirnya mengadakan konsert di Malaysia dan mengharapkan agar Yuna dapat mengadakan konsert di Axiata Arena pada satu masa akan datang.
Antara rakan artis yang turut hadir pada konsert tersebut adalah Syed Syadiq, Shalma Aina, Sherry Alhadad, Joe Flizzow dan ramai lagi.