Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKontraktor Berusia 51 Tahun Dituduh B*nuh Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar

    Kontraktor Berusia 51 Tahun Dituduh B*nuh Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara, Elly Idzlianizar Ilias.

    Tidak benar ikat jamin

    Memetik laporan Buletin TV3, tertuduh yang dikenali sebagai Ibrahim Johan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ana Rozana Mohd Noor.

    Difahamkan, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa membunuh Elly Idzlianizar Ilias, 40, di simpang tiga Taman Behor Gonchar Jaya, antara 10.30 malam pada 10 September 2024 hingga 12.01 pagi, 11 September 2024.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

    Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Po’ad, manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Yen Sing.

    Mahkamah menetapkan 30 Disember bagi serahan laporan bedah siasat, kimia dan forensik.

    Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts