Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa mengajak mangsa kes ganggual seksual bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim.
Ebit Lew didakwa ajak tukar pasangan?
Memetik laporan Free Malaysia Today, perkara tersebut didedahkan oleh seorang saksi kesembilan di mahkamah ketika menjelaskan tangkap layar teks WhatsApp diterimanya.
Dakwa wanita berusia 40-an itu, Ebit mencadangkan untuk bertukar pasangan melakukan hubungan intim dengan pengadu, manakala suami pengadu disuruh melakukan hubungan intim bersama isteri pendakwah tersebut.
Pengadu turut mendakwa bahawa Ebit atau sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, pernah mengeluarkan kata-kata lucah seperti mengajaknya melakukan perkara tidak senonoh, meluahkan kehendaknya untuk berpeluk, cium dan sebagainya. Susulan daripada apa yang berlaku, pengadu mendakwa dia sempat menasihati Ebit supaya melakukan taubat nasuha.
Sekadar info, Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp yang didakwa berlaku di Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.