Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKontroversi Kelibat Adira Menemani Bella Astillah Di JAWI serta Kenangan Kontroversi Ruhainies...

    Kontroversi Kelibat Adira Menemani Bella Astillah Di JAWI serta Kenangan Kontroversi Ruhainies dengan Datuk Red Dibangkitkan Oleh Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bella AstillahBella Astillah

    Kelibat seorang wanita yang mengenakan baju berwarna hitam dan berdiri di sebelah pelakon Bella Astillah ketika hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

    Apa kaitan Adira?

    Bella AstillahBella Astillah

    Meskipun wanita terbabit memakai pelitup mulut, namun rata-rata netizen mendakwa dia ialah penyanyi Adira Suhaimi. Pun begitu, netizen tidak mengetahui apakah hubungan dan kaitan antara mereka berdua.

    Bella hadir di JAWI kira-kira jam 2.40 pagi berhubung kes membabitkan suaminya, penyanyi Aliff Aziz yang didakwa berkhalwat dengan aktres Ruhainies.

    Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan Adira mengenai kehadirannya yang menemani Bella tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab dan mesej pesanan ringkas yang dikirim tidak dibalas.

    Dalam pada itu, ketika netizen terus berteka-teki mengenai hubungan Adira dan Bella, ada segelintir pula yang mengungkit cerita lama membabitkan suami penyanyi tersebut iaitu Datuk Red dengan Ruhainies.

    Sebelum ini, nama Ruhainies dikaitkan dengan Datuk Red selepas tular video mereka berpelukan ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah. Pun begitu, kata Ruhainies hubungan dia Datuk Red sudah pun berakhir selepas perkara itu diketahui Adira.

    Pagi tadi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita selebriti berstatus suami orang ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon popular di sebuah kondominium mewah.

    Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam. Berita terbabit kemudian disahkan oleh adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah yang turut hadir di lokasi kejadian.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts