Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKontroversi Ruhainies Muat Naik 'Quote' Agama Di IG, Netizen Kritik Beramai-ramai

    Kontroversi Ruhainies Muat Naik ‘Quote’ Agama Di IG, Netizen Kritik Beramai-ramai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon sensasi, Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik ‘quote’ melibatkan aib menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya.

    ‘Bersyukurlah Allah jaga aib kamu’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by @ruhainies7

    Pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini memuat naik kata-kata hikmah yang menasihati orang ramai untuk  mengelakkan diri daripada membenci seseorang hanya selepas mendengar ‘khabar angin’ daripada orang lain.

    Henti benci dan tidak suka pada orang lain berdasarkan apa yang kamu dengar tentang mereka.

    Sebaliknya, orang di luar sana perlulah bersyukur kerana Allah sentiasa menutup aib hamba-hambanya.

    Bersyukurlah kerana Allah tidak membencimu atas apa yang Dia ketahui.

    Hantaran tersebut pastinya meraih perhatian wargamaya yang sama sekali tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan pelakon berkenaan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Ruhainies membaut permohonan maaf kepada Bella Astillah dan henti menggunakan agama dan nama Allah atas kesilapan yang dilakukan.

    Sekadar info, nama Ruhainies menjadi perhatian dan bualan ramai selepas dia dan aktor, Aliff Aziz ditahan oleh Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota pada Sabtu lalu.

    Isteri Aliff iaitu Bella Astilla turut hadir ke pejabat JAWI susulan suaminya ditahan namun tidak memberikan sebarang kenyataan disebabkan masih berasa terkejut.

    Sementara itu, Aliff dan Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing ada mengeluarkan kenyataan dengan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menidakkan dakwaan mereka ditangkap basah.

    Dalam perkembangan lain, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama sebutan kes perceraiannya dengan Aliff, semalam.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Apabila Sampai Ke Kereta, Dia Dapat Juga Dekat Dengan Saya & Tepuk Belakang’

    Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas Aliff tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts