Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKorang Burnout? Ini Lokasi Luar Negara Untuk Korang Healing Dengan Bajet Mesra...

    Korang Burnout? Ini Lokasi Luar Negara Untuk Korang Healing Dengan Bajet Mesra Poket

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Korang rasa burnout? Apa kata healing untuk mencari ketenangan dan merehatkan minda di luar negara!

    Tapi, mesti korang bimbang kos untuk percutian kan? Tak yah lah risau kerana sebenarnya banyak destinasi luar negara yang tidak memerlukan kos tinggi.

    Sebenarnya, korang boleh menikmati suasana damai tanpa perlu rasa takut. Jom kami kongsikan destinasi healing bajet yang boleh jadi pilihan ideal korang.

    1. Sapa, Vietnam

    Kredit gambar: VinWonder

    Sapa adalah destinasi yang popular di kalangan pelancong yang mencari ketenangan di tengah-tengah keindahan semula jadi. Terletak di kawasan pergunungan utara Vietnam, Sapa menawarkan pemandangan sawah padi yang hijau dan udara yang segar.

    Aktiviti seperti mendaki gunung dan melawat kampung etnik tempatan boleh dilakukan dengan kos yang rendah.

    2. Khao Yai, Thailand

    Kredit gambar: Bangkok Post

    Khao Yai, terletak hanya beberapa jam dari Bangkok, menawarkan keindahan alam semula jadi dengan kos yang berpatutan. Nikmati suasana tenang di Taman Negara Khao Yai, yang terkenal dengan hutan hujan tropika, air terjun, dan hidupan liar.

    Korang boleh melakukan trekking, menikmati pemandangan bukit, dan merasai pengalaman luar yang mempesona tanpa perlu berbelanja banyak.

    3. Taipei, Taiwan

    burnoutburnout

    Kredit gambar: CIEE

    Taipei adalah destinasi yang menarik untuk percutian healing bajet dengan kos yang berpatutan. Bandar ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menenangkan, dari bersiar-siar di taman-taman yang indah seperti Taman Daan hingga menikmati budaya tempatan di pasar malam Shilin.

    Korang juga boleh melawat kuil-kuil bersejarah dan menikmati makanan tempatan yang murah.

    4. Baku, Azerbaijan

    Kredit gambar: KAYAK

    Baku menawarkan gabungan unik antara sejarah dan modenitas dengan kos yang berpatutan. Bandar ini mempunyai banyak tarikan seperti bandar lama yang bersejarah dan pelbagai muzium.

    ALSO READ:  ‘Amir & Saya Hanya Rakan Industri, Kami Tak Pernah Lepak Berdua’ – Angel Dolla Mohon Maaf Buat Peminat Risau

    Kos penginapan dan makanan di Baku juga berpatutan, menjadikannya pilihan yang baik untuk percutian santai di tengah bandar yang dinamik.

    5. Hokkaido, Jepun

    Kredit gambar: Asia Tour

    Jangan hanya terfokus pada Tokyo atau Osaka—Hokkaido menawarkan keindahan semula jadi yang menakjubkan.

    Dari ladang lavender di Furano hingga pemandangan gunung berapi di kawasan Onsen, Hokkaido adalah destinasi yang ideal untuk pecinta alam dan mereka yang mencari ketenangan.

    Oh ya! Jadilah pengembara bijak dengan memilih sambungan baik di luar negara tetapi dengan harga berpatutan. Barulah tak rabak dompet!

    Jangan menyesal! Pilih pas perantauan tanpa had terbaik

    Difahamkan, pas perantauan 5G tanpa had CelcomDigi meliputi 76 negara dan menawarkan internet 4G/5G tanpa had setiap hari, bagi memastikan sambungan korang ke internet dan orang tersayang tidak terganggu.

    Selepas ini, korang tidak perlu pening kepala kerana terdapat pelbagai pilihan tempoh sah yang ditawarkan iaitu 3, 7, 14 dan 30 hari dengan liputan seluruh dunia.

    Bagi pas 3 dan 7 hari, ia menyediakan internet berkelajuan tinggi 2GB setiap hari, manakala pas 14 hari dan 30 hari menyediakan Internet berkelajuan tinggi 3GB setiap hari.

    Lebih best, korang masih boleh menggunakan kuota tanpa had pada 1 Mbps walaupun kuota 2/3GB berkelajuan tinggi korang sudah habis digunakan. Memang berbaloi!

    Bolehlah korang kongsikan momen di media sosial tanpa perlu bimbang! Semua pas perantauan juga tersedia dengan 15 minit panggilan suara.*

    Dibandingkan dengan pelan perantauan lain di pasaran, ini adalah tawaran hebat kerana CelcomDigi menawarkan pas perantauan 5G tanpa had dengan harga bermula RM48.

    Bukan itu sahaja, terdapat juga pas 3 hari untuk mereka yang melancong ke negara-negara jiran Asia seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Pas ini hanya berharga RM28 dan sudah termasuk 4GB internet berkelajuan tinggi serta 15 minit panggilan suara*.

    ALSO READ:  [VIDEO] Farid Kamil Tiada Sebab Pakai Songkok Lilit Reben Putih – ‘Handsome Tak?’

    *15 minit panggilan suara termasuk panggilan balik ke Malaysia, panggilan dalam negara semasa roaming, dan menerima panggilan.

    Istimewa buat pelanggan pelan pascabayar CelcomDigi

    Pelanggan yang menggunakan CelcomDigi Postpaid 120 dan ke atas boleh menikmati diskaun 50% untuk semua pas perantauan. Best kan?

    Pas Perantauan yang ditawarkan ini boleh didapati untuk semua pelanggan CelcomDigi, termasuk semua pengguna prabayar dan pascabayar serta pengguna pelan Digi dan Celcom sedia ada.

    Pelanggan digalakkan untuk membeli pas perantauan mereka melalui aplikasi MyDigi atau Celcom Life pada hari perjalanan mereka.

    Untuk mendapatkan pas perantauan bernilai tinggi ini atau mendapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh melawat laman web di sini.

    CelcomDigi menangi anugerah OOKLA

    Tahukah korang bahawa CelcomDigi Berhad baru-baru ini meraih gelaran Rangkaian Liputan Mudah Alih Terbaik Malaysia daripada Anugerah Ookla® Speedtest™?

    Menurut laporan Speedtest Ookla, CelcomDigi mendominasi dengan liputan 4G yang meliputi 97% kawasan berpenduduk di seluruh negara, meraih Skor Liputan™ sebanyak 30.73.

    Mereka mencatatkan hampir 249 juta imbasan pada lebih 303,000 peranti, dengan kawasan liputan yang mengagumkan seluas 106,366 km².

    Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi CelcomDigi dalam mempertingkatkan liputan dan kualiti rangkaian mereka, demi memberikan pengalaman yang terbaik kepada semua pelanggan. Terbaiklah!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts