Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKorang Kini Boleh ‘Sewa’ Peralatan Rumah Pintar Terkini Daripada LG. Sama Macam...

    Korang Kini Boleh ‘Sewa’ Peralatan Rumah Pintar Terkini Daripada LG. Sama Macam Dekat Korea!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    LG Electronics (M) Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan perkhidmatan penyewaan peralatan rumah yang komprehensif di Malaysia!

    Nak lengkapkan rumah merupakan antara ‘beban’ berat yang dirasai semua orang lebih-lebih pasangan yang baru berkahwin.  Ada yang terpaksa kumpul duit bertahun-tahun bagi mencapai impian untuk melengkapkan rumah mereka.

    Inisiatif terbaru dari LG ni sememangnya akan bantu korang untuk lengkapkan rumah tapi tak perlu bayar sekali gus!

    Kaedah ini telah digunakan di Korea dimana LG Korea melaksanakan pakej yang di panggil ‘Subscription’ dan dilihatkan membuahkan hasil dan berjaya bantu ramai penduduk Korea untuk memiliki peralatan rumah yang diperlukan.

    Kaedah tersebut kini di perkenalkan di Malaysia sebagai ‘Rent-up”!

    Macam mana program ‘Rent-Up” ni dijalankan?

    Program terbaharu daripada LG ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk meningkatkan ruang kediaman mereka dengan mudah sambil mengekalkan kestabilan kewangan.

    Malah, program penyewaan yang inovatif ini dijalankan untuk menawarkan fleksibiliti dan kemampumilikan kepada rakyat Malaysia untuk memiliki dan meningkatkan kehidupan mereka dengan peralatan rumah pintar terkini daripada LG.

    Kalau sebelum ni korang berkira-kira untuk beli baru atau buang peralatan yang dah lama tu, sekarang korang dah boleh dah buang! Dengan LG Rent-Up™ , pengguna tidak perlu lagi mengeluarkan kos pendahuluan yang tinggi untuk membeli peralatan rumah.

    Apa produk yang ditawarkan untuk program LG Rent-Up™ ni?

    Sebanyak sembilan (9) rangkaian produk LG ditawarkan untuk program ini termasuklah penulen air, penulen udara, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, TV dan banyak lagi!

    Rakyat Malaysia kini boleh menaik taraf kediaman mereka dengan mudah dengan tempoh sewaan fleksibel minimum 5 tahun dan maksimum 7 tahun, bergantung pada rangkaian produk yang dipilih.

    ALSO READ:  Usahawan Zetty Tajuddin Berazam Mengajak Charly Ke Malaysia Bagi Mengukuhkan Pasarannya Di Indonesia

    Produk LG juga didatangkan dengan pakej perkhidmatan komprehensif yang merangkumi pilihan servis layan diri dan lawatan berkala daripada juruteknik LG.

    Selain itu, penyepaduan yang lancar antara produk LG dengan aplikasi LG ThinQ membolehkan pengguna memantau status produk yang disewa dengan mudah untuk memastikan peralatan tersebut kekal efisien!

    Kami berpeluang untuk lihat sendiri produk-produk serta teknologi AI yang digunakan oleh LG Korea!

    Admin sangat-sangat amazed ya guys! Teknologi yang mereka gunakan memang padu dan juga sangat canggih!

    Di Korea, mereka menggunakan digital twin technology di kilang mereka yang terletak di Changwon. Kaedah ini membolehkan kilang tersebut berfungsi menggunakan AI dimana sesetengah proses pembinaan produk tersebut akan dilakukan oleh robot.

    Kalau korang nak tahu, LG merupakan syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat di dunia yang menggunakan teknologi pemasangan pintu secara automatik! Hebat!

    Setiap produk dilengkapi dengan barcode yang berfungsi untuk mengumpul data supaya kualiti produk tersebut dapat disemak.

    Produk-produk yang mereka tawarkan juga memang canggih dan sangat pintar ya guys!

    Teknologi dari LG digunapakai oleh hampir semua sektor di Korea!

    Dari bidang logistik, F&B sampai lah ke perhotelan, semuanya menggunakan teknologi daripada LG atau lebih tepat, mereka menggunakan LG CLOi!

    LG CLOi digunakan sebagai penghantar makanan di restoran-restoran, sebagai penghantar tuala di hotel dan juga digunakan untuk mengangkat barang di dalam bidang logistik.

    Senang kata, ia memang digunakan secara meluas di Korea, teknologi LG disana memang tiada tandingan!

    Nak tahu lebih lagi? Korang boleh tengok sendiri video dekat bawah ni!

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by OHBULAN! (@official)

    Tak sabar rasanya nak tengok rakyat Malaysia merangkul gaya hidup yang lebih pintar! Lepas ni tak payah la serabut fikir pasal kelengkapan rumah. Lagi-lagi yang baru kahwin tu, korang ‘rent-up’ je!

    ALSO READ:  MK K-Clique Kongsi Nama Anak, Aya Rayana Jadi Pilihan – ‘Bermaksud Bukti Kebesaran Allah & Pintu Syurga’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts