Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKroll Pertaruhkan ‘Lentera Cinta’

    Kroll Pertaruhkan ‘Lentera Cinta’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kroll bukanlah nama yang asing dalam industri seni suara. Suatu ketika dahulu pemilik nama Khairul Nizam ini pernah tercalon sebagai salah satu daripada lima finalis teratas untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) pada tahun 2014.

    Penyanyi jalanan

    Kroll juga seorang penyanyi jalanan (busker) dan artis kebudayaan yang masih aktif mempromosikan bakatnya di depan umum. Berkat kehebatan suaranya, Khairul Nizam yang lebih popular dikenali sebagai Kroll juga telah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti All Together Now Malaysia Musim ke-2 pada tahun lalu.

    Terkini, Kroll muncul dengan sebuah karya baharu berjudul ‘Lentera Cinta’ untuk para pengikut dunia muzik dan peminat suaranya.

    Lentera Cinta merupakan sebuah lagu ciptaan komposer ternama Sheikh Qalam bersama Saladin, dengan lirik nukilan Sheikh Qalam sendiri, yang juga bertindak sebagai penerbit lagu.

    Lagu ini mengisahkan cinta jarak jauh dan perasaan seseorang yang menunggu kekasihnya kembali ke sisi,

    Untuk menyiapkan karya ini, proses rakaman vokal berlangsung selama satu hari. Ini diikuti dengan proses memasukkan rakaman mainan alat muzik bertali atau ‘string’ yang memakan waktu sekitar seminggu.

    Saat ditanya tentang perkembangan terbaharunya Kroll menyatakan yang dia masih bergerak bersama kumpulannya.

    Saya masih lagi dengan kumpulan kugiran Persis cuma kebetulan selepas saya menjadi juara rancangan All Together Now Malaysia musim ke-2 , saya ingin cuba mengambil peluang ini untuk bergerak solo dan harap single solo pertama saya bakal diterima dan mendapat perhatian semua.

    Berbekalkan susunan muzik dan melodi yang mantap serta suaranya yang memukau, Lentera Cinta berpotensi mencuri perhatian peminat muzik Malaysia.

    ALSO READ:  Sokongan Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar untuk Usaha Bebas Hutang pada Ramadan

    Telah dikeluarkan pada 17 Mei 2024, ‘Lentera Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts