Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKronologi Hidung Berdarah Namie Sebelum Pengsan di Pentas, Minta Henti Tuduhan Melulu

    Kronologi Hidung Berdarah Namie Sebelum Pengsan di Pentas, Minta Henti Tuduhan Melulu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Minggu lalu, pelawak dan penyanyi Namie mengalami pendarahan di bahagian hidungnya sebelum pengsan sewaktu melakukan pementasan bagi sebuah program yang dikendalikannya bersama Fad Bocey dan Sharif Zero.

    Terbaharu, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin tampil menjelaskan kronologi sebenar mengenai kejadian tersebut kepada para pengikutnya di Instagram (IG).

    Rebah lepas kepala terhantuk

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ????? ??? (@namiesmy)

    Menerusi hantaran tersebut, Namie menyatakan bahawa kejadian itu berlaku selepas hidungnya terhantuk pada kepala pelakon, Fadhli Masoot.

    Waktu itu adalah sesi pementasan saya bersama Fad Bocey, Sharif Zero dan Fadhli Masoot atau lebih dikenali sebagai Alang.

    Ketika itu adalah babak saya dan Alang menjadi mangsa buli kepada Fad dan Sharif di mana kepala saya dan Alang perlulah dilagakan. Perkara ini ada dalam skrip ya.

    Kami dah ‘rehearsal’ lebih dari tiga kali dah dan semuanya berjalan lancar. Tetapi itulah kita ini hanya manusia yang mampu merancang dan perancangan Allah itu lebih baik.

    Menurut pelawak berusia 28 tahun itu, hantukkan tersebut telah menyebabkan dirinya rebah sebelum pengsan di atas pentas.

    Hentakkan itu telah membuatkan saya rebah dan berpinar tapi masih boleh bergerak.

    Lepas itu saya nampak darah bercucuran jatuh dari dalam hidung saya. Saya ini pula sejenis yang tak boleh tengok darah sebab saya akan terus pitam punya.

    Saya dah mual tengok darah lepas itu saya tak ingat dah apa berlaku. Tahu-tahu saja saya dah berada di dalam ambulans.

    Sewaktu berada di dalam ambulans, Namie memaklumkan bahawa dia mahu menyertai semula pementasan tersebut namun, atas nasihat petugas kesihatan dia terpaksa menerima rawatan terlebih dahulu.

    Petugas kesihatan serta kru produksi tak benarkan saya masuk semula ke set pementasan.

    Selepas itu petugas kesihatan terus bantu merawat saya. Hampir satu jam juga mereka bantu mengeluarkan darah itu dari dalam hidung saya.

    Bila dia tonyoh masukkan kapas dalam hidung, berdarah. Tonyoh kapas, darah memang dekat satu jam jugalah.

    Di akhir videonya itu, Namie berpesan kepada segelintir netizen untuk tidak membuat tuduhan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah dengan apa yang terjadi terhadap dirinya.

    ALSO READ:  Isteri Idzham Ismail Kembali Berkhidmat Sebagai Pramugari

    Namiey juga menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatannya terutama sekali kepada Fad dan Sharif yang banyak membantunya sewaktu di belakang pentas.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts