Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKu Maafkan Dia Tetapi Melupakan Dia, Mungkin Belum Penyembuhan - Bella Astillah

    Ku Maafkan Dia Tetapi Melupakan Dia, Mungkin Belum Penyembuhan – Bella Astillah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Bella Astillah mendedahkan masih belum menerima apa-apa penjelasan daripada Ruhainies berhubung isu ditangkap khalwat bersama suaminya, Aliff Aziz.

    ‘Saya maafkan tapi…’

    Walau bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Mstar, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah akui tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan memilih untuk memaafkan Ruhainies.

    Sehingga hari ini pelakon wanita tersebut (Ruhainies) langsung tak ada tanya apa-apa atau hubungi saya. Tapi saya tak nak panjangkan perkara ini saya cuma boleh cakap, di bulan Ramadan yang mulia ini, saya maafkan beliau tapi untuk melupakan tu saya tak tahu bila.

    Saya ni seorang yang sangat sayangkan kawan, semua orang tahu. Saya betul-betul tak sangka sebab di set penggambaran pun saya sangat baik dengan dia.

    Sementara itu, isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu berkata tidak mahu bermusuh mahupun menyimpan dendam terhadap suaminya.

    Saya masih baik dengan keluarga. Cuma kadang-kadang, cinta tak semestinya memiliki. Jadi bawa haluan masing-masing mungkin jalan terbaik, muhasabah diri.

    Tambah Bella lagi, dia pun sudah berbincang dengan suaminya itu sebelum memfailkan perceraian dan mereka berdua juga dikatakan sudah menemui kata sepakat untuk berpisah.

    Tapi masa akan datang kita tak tahu. Allah SWT sebaik perancang, kita hanya jalankan sahaja. Semoga Aliff dalam keadaan sihat selalu. Apa-apa pun yang terjadi, dia tetap ayah kepada anak-anak Bella

    Terdahulu, industri hiburan tanah air kecoh dengan kisah pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

    Semalam, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama sebutan kes perceraian yang difailkan terhadap Aliff. Namun aktor itu tidak menghadirkan diri dengan alasan terlibat penggambaran.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tony Eusoff Kongsi Pengalaman Bercinta Dengan Janda Anak Dua, Berpisah Selepas 9 Tahun Bersama

    Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian pasangan itu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts