Muna Shahira yang baru sahaja melancarkan single terbaru beliau – SUMPAH CINTA INI baru baru ini sangat yakin jika seseorang itu Ikhlas dalam menghasilkan sesuatu, hasilnya pasti berbaloi.
Baginya, walaupun mungkin tidak sekarang tetapi dia percaya akan sampai masanya pasti akan indah pada waktunya.
Kualiti Pasti Menandingi Kuantiti
Selain itu, Muna Shahira turut menyatakan bahawa kemenangan Bell Ngasri di ABP baru baru ini membuktikan bahawa peminat industri hiburan kini telah mula celik mata dan sedar bahawa kualiti pasti akan menandingi kuantiti.
Lihat sahaja kemenangan besar abang Bell Ngasri di ABP. Beliau dah lama dalam industri, dan ini adalah pertama kali beliau menerima pengiktirafan besar dalam industri hiburan.
Jadi tidak salah tanggapan Muna bahawa jika kita tidak putus asa dan terus bekerja dengan Ikhlas, In sya Allah suatu masa peluang akan terbuka luas.
Sumpah Cinta Ini ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Que Afiq merukan sebuah lagu balada.
Menyukai Konsep Balada
Baginya dia menyukai lagu yang berkonsepkan balada dan berpendapat lagu berkonsep sedemikian sesuai dengan suara dan cara nyanyiannya.
Muna juga turut melahirkan rasa kecewa bila ada yang mengatakan bahawa semua single Muna sebelum ini gagal.
Katanya, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana FMC Music masih berani memperuntukkan untuk mengahsilkan single Sumpah Cinta Ini.
Tidak Berasa Hati
Tambah Muna lagi, dia tidak terasa hati dengan kata cacian orang kerana baginya jika orang bercakap mengenainya, bermakna masih ada yang menyayangi dan menyokongnya.
Single Muna Shahira – SUMPAH CINTA INI telah dilancarkan awal Julai di semua saluran media sosial dan Youtube FMC Music.
Credit: Musik – Murai MY