Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKuching Destinasi Pelancongan Paling Berpatutan Bagi Percutian Akhir Tahun

    Kuching Destinasi Pelancongan Paling Berpatutan Bagi Percutian Akhir Tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baik sambutan ambang tahun baru, Hari Krismas, cuti sekolah, mahupun semata-mata berehat sejenak daripada kesibukan kerja, industri pelancongan lazimnya bakal mendapat sambutan hangat dalam 10 hari terakhir dalam sesebuah tahun.

    Destinasi Pelancongan Termurah Sekitar Asia Pasifik

    via Agoda

    Bagi membantu para pelancong mendapatkan tawaran terbaik, Agoda mendedahkan destinasi pelancongan termurah sekitar Asia Pasifik menjelang hujung tahun ini.

    Sentiasa menggerakkan misi untuk mendapatkan tawaran terbaik pada harga yang paling kompetitif, Agoda telah menganalisis purata caj bilik bagi destinasi-destinasi pelancongan dari 22 hingga 31 Disember.

    Kuching, Sarawak Menjadi Pilihan

    via Tiket2u

    Di Malaysia, Kuching, Sarawak merupakan destinasi pelancongan yang paling berpatutan, dengan purata caj sebuah bilik bernilai RM 281.28.

    Dari kesibukan pantai dan taman tema yang mengujakan kepada sanktuari spiritual dan syurga buat pencinta makanan, berikut adalah antara tarikan utama dalam 10 destinasi pelancongan paling berpatutan dalam pasaran-pasaran yang telah ditinjau:

    1. Hat Yai, Thailand (Purata caj bilik: RM 202)
    2. Yogyakarta, Indonesia (Purata caj bilik: RM 263)
    3. Kuching, Malaysia (Purata caj bilik: RM 282)
    4. Dalat, Vietnam (Purata caj bilik: RM319)
    5. Goa, India (Purata caj bilik: RM 432)
    6. Baguio, Filipina (Purata caj bilik: RM 446)
    7. Nagoya, Jepun (Purata caj bilik: RM 502)
    8. Taichung, Taiwan (Purata caj bilik: RM 594)
    9. Melbourne, Australia (Purata caj bilik: RM 727)
    10. Busan, South Korea (Purata caj bilik: RM742)

    2023 telah menyaksikan kebangkitan semula industri pelancongan merentasi Asia memandangkan orang ramai kembali berhubung dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan yang tersayang, dan tempoh percutian hujung tahun yang istimewa tersebut juga bakal mengalami perkara yang sama

    ALSO READ:  Telenisa: Perjuangkan Hak Perempuan Dalam Undang-Undang Keluarga Islam!

    Permintaan Yang Lebih Tinggi

    via Pacific Asia Association

    Baik pengembaraan solo mahupun mencipta kenangan indah bersama yang tersayang, pelancongan ketika musim kemuncak menandakan permintaan yang lebih tinggi.

    Jadi pencarian tawaran yang istimewa mampu mengubahnya. Dengan mengetengahkan destinasi pelancongan dengan purata caj penginapan yang berpatutan, Agoda membantu pelancong tanpa mengira bajet mereka untuk meraikan musim hujung tahun dengan penuh gaya.

    Meskipun bergelar destinasi pelancongan termurah, lokasi-lokasi tersebut mempunyai pelbagai tarikan tersedia untuk para pengunjung dan kesemuanya merupakan destinasi yang baik untuk memeriahkan hari-hari terakhir tahun 2023 in.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts