Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKumpulan K-indie The Rose Jayakan Konsert Dawn to Dusk Tour Di Kuala...

    Kumpulan K-indie The Rose Jayakan Konsert Dawn to Dusk Tour Di Kuala Lumpur, Januari Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kumpulan indie Korea Selatan yang terkenal, The Rose akan kembali ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat mereka.

    Hadir Pada 31 January 2024

    via All Kpop

    Kehadiran kumpulan yang dianggotai oleh Kim Woosung (vokal/gitar), Park Dojoon (keyboard/vokal), Lee Hajoon (dram) dan Lee Jaehyeong (bass) adalah untuk menjayakan konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024, di Mega Star Arena, KL pada 31 Januari, jam 8.30 malam, anjuran Lo-Fi Entertainment.

    Kuala Lumpur adalah di antara lokasi persinggahan Asia Tenggara untuk siri jelajah konsert tersebut selain bandar-bandar di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia.

    Di sepanjang siri jelajah tersebut, The Rose menghiburkan para peminat yang dikenali sebagai ‘Black Roses’
    dengan rangkaian lagu-lagu hit mereka.

    Anggota The Rose yang bertemu melalui acara busking di Seoul itu bergerak di bawah label mereka sendiri iaitu Windfall dengan kerjasama Transparent Arts.

    The Rose terkenal dengan lagu-lagu Inggeris dan Korea yang penuh emosi seperti Back to Me, Red, She’s in the Rain dan single sulung Sorry yang diterbitkan pada 2017 melonjak nama mereka menjadi terkenal.

    Setiap Ahli Memiliki Kejayaan Sendiri

    via Allure

    Populariti The Rose bukan setakat kepada kumpulan sahaja, malah setiap anggota ada kejayaan tersendiri dalam industri seni.

    Woosung pernah berkolaborasi dengan mendiang Ryuichi Sakamoto dan Agust D atau Suga BTS untuk lagu Snooze.

    Malah Woosung juga pernah meminjamkan suaranya untuk siri animasi diketuai Ali Wong, manakala Dojoon, Hajoon dan Jaehyeong pula pernah muncul dalam beberapa K-drama dan siri web.

    Setelah bermain Lollapalooza di Chicago, Sweden, Brazil, Chile dan Argentina, serta Festival Jazz Montreux di Switzerland dan BST Hyde Park di England, mereka telah dinamakan Band of the Year di Prêmio Annual K4US Brazil pada 2022.

    ALSO READ:  Hot FM Anjur Solat Hajat Buat Faisal Halim Esok

    Setakat ini, The Rose telah mengeluarkan dua album studio berjudul Heal dan Dual, dua EP Void dan Dawn, satu album tunggal Red, bersama-sama dengan banyak single yang mencatatkan kejayaan dalam carta teratas global.

    Tiket Mula Dijual Pada 6 Januari 2024

    via Soompi

    Tiket untuk menonton konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024 akan mula dijual pada 6 Januari menerusi www.ticketingtix.com pada harga berikut:

    • RM898 (VIP) [300 pembeli pertama akan dapat Kemasukan Awal (selepas VVVIP & VVIP), Pengalaman Soundcheck, Sesi Q&A, Lanyard Rasmi, Poster, Pek Pick Gitar The Rose dan Sampel Minyak Wangi The Rose Akan Datang, Black Rose]
    • RM598 (CAT 1)
    • RM498 (CAT 2)
    • RM298 (CAT 3)
    Harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

    Tiket VVIP dan VVVIP hanya terdapat dari aplikasi Rosarium. Untuk VVIP, 104 pembeli pertama akan dapat semua Faedah VIP serta Kemasukan Awal (selepas VVVIP), Gambar Meet & Greet (satu kumpulan 8 orang), Poster yang ditandatangani dan Barangan Cenderahati VVIP.

    Bagi VVVIP, 5 pembeli pertama akan dapat semua Faedah VVIP serta Kemasukan Terawal, Gambar Meet & Greet Solo, Merch Eksklusif VVVIP dan Pengalaman Green Room.

    ERA, MY dan HITZ sebagai Rakan Media Rasmi bagi konsert ini.

    Ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook www.facebook.com/lofi.entertainmentkl dan Instagram www.instagram.com/lofi.entertainment untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kemas kini terkini.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts