Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKumpulan K-Pop N.Flying Akan Mengadakan Konsert Pertama Di Malaysia

    Kumpulan K-Pop N.Flying Akan Mengadakan Konsert Pertama Di Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penantian N. Fia Malaysia untuk melihat kumpulan kesayangan mereka, N.Flying beraksi di depan mata akan menjadi kenyataan.

    Mengadakan Konsert Sulung

    via Yoke Leng

    Hal ini kerana anggota kumpulan tersebut akan mengadakan konsert sulung mereka di sini.

    Kehadiran N.Flying yang dibawa khas oleh More Entertainment dengan anjuran bersama 163 adalah bagi menjayakan 2024 N.Flying LIVE ‘HIDE-OUT’ di Kuala Lumpur.

    Ia bakal menggegarkan ZEPP Kuala Lumpur pada 1 Disember (Ahad), 6 petang. Tiket mula dijual pada 27 September (Jumaat), 11 pagi melalui my.bookmyshow.com.

    N.Flying dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lee Seung Hyub selaku ketua, vokalis dan penyanyi rap, Yoo Hwe Seung (vokalis), Cha Hun (pemain gitar), Seo Dong Sung (pemain bass) dan Kim Jae Hyun (pemain dram).

    Namun Kim Jae Hyun tidak dapat hadir kerana masih dalam perkhidmatan tentera.

    Bakal mencatat Memori Indah

    via Yoke Leng

    Walaupun hanya empat ahli yang hadir, N.Flying tetap akan menghiburkan peminat mereka dengan penuh semangat.

    Setiap ahli N.Flying mempunyai bakat dan daya tarikan tersendiri dan kelebihan itu menjadikan kumpulan yang ditubuhkan secara rasmi pada 2015 dan tampil dengan album mini pertama berjudul “Awesome”.

    Sejak itu nama N.Flying terus melonjak dengan lagu-lagu hits seperti “Rooftop”, “GOOD BAM” dan “Oh really.” yang berjaya menawan hati peminat di seluruh dunia dengan persembahan mereka yang luar biasa.

    Apa yang pasti acara tersebut bakal mencatat memori indah kepada yang hadir kerana ada beberapa kejutan akan ditampilkan dan ini adalah acara yang tidak boleh dilepaskan.

    Tiket berharga RM799 (Zon Premium), RM688 (VIP), RM558 (CAT 1), RM468 (CAT 2), RM368 (CAT 3) dan RM6,288 (KOTAK VIP – 8 Tempat Duduk), tertakluk kepada yuran pengendalian dan had 4 tiket setiap orang.

    ALSO READ:  [VIDEO] Dai Syed Kongsi Momen Bersengkang Mata Jaga Bayi, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Fasa Yang Akan Dirindukan…”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts