Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKumpulan KRU Kini Bekerjasama Dengan Sony Music Malaysia

    Kumpulan KRU Kini Bekerjasama Dengan Sony Music Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidak ada rakyat Malaysia yang tak mengenali kumpulan muzik gergasi KRU. Tersenarai sebagai salah satu kumpulan muzik tempatan yang berjaya mengubah revolusi dunia muzik serantau, kumpulan yang dianggotai tiga adik-beradik ini pernah mencipta pelbagai fenomena sepanjang mereka berkarya di Malaysia dan luar negara.

    Ditubuhkan pada tahun 1992, KRU merupakan salah satu nama terkemuka dalam industri muzik tempatan. Dianggotai oleh tiga beradik Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim — KRU telah mencipta pelbagai lagu hit yang menjadi ikonik di kalangan peminat.

    Dengan kombinasi muzik pop, hip-hop, dan R&B, KRU bukan sahaja mencatat kejayaan dalam bidang muzik tetapi juga dalam produksi filem dan perniagaan media. Mereka dikenali dengan album-album yang laris, seperti “Generasi” dan “KRU,” serta lagu-lagu popular seperti “Awas 1994” , “Ooh! La! La! 1996” dan banyak lagi.

    Mereka juga telah melahirkan ramai bakat-bakat baharu yang bernaung di bawah syarikat mereka selain menghasilkan pelbagai lagu untuk ramai penyanyi serantau. KRU juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, menjadikan mereka salah satu kumpulan yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik Malaysia.

    Kini setelah lebih 30 tahun berada dalam industri muzik tempatan, mereka kembali membuat kejutan saat mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi muzik dan rakaman dunia, Sony Music Entertainment Malaysia.

    Kolaborasi ini merupakan inisiatif pihak Sony Music Malaysia sendiri yang percaya kepada kehebatan, komitmen serta kualiti kerja kumpulan KRU yang sudah bertahan lebih 30 tahun. Secara tidak langsung, pengumuman ini juga memberitahu kepada para peminat muzik Melayu serantau bahawa KRU kini bakal kembali dengan beberapa kejutan terbaharu yang diiringi sokongan serta kerjasama daripada Sony Music Malaysia.

    View this post on Instagram

    A post shared by KRU (@kru.bros)

    Kedua-dua pihak yakin bahawa kerjasama ini akan membuahkan pelbagai produk hiburan yang hebat dan luar biasa. Dengan komitmen terhadap inovasi dan kualiti, KRU juga berjanji untuk terus berusaha demi mencipta karya yang relevan dan menghiburkan. Nantikan aneka perkembangan terbaharu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Afwa Minta Siti Nurhaliza Buat Susu Sebab Dah Basi, Raih Perhatian!-“Comel Je Dia Minta Dekat Ibu Tu”



    Related articles

    Follow Us

    20,225FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts