Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKumpulan Rock Lagenda SEARCH Kembali Untuk ‘Gegaran Semula’ di Singapura

    Kumpulan Rock Lagenda SEARCH Kembali Untuk ‘Gegaran Semula’ di Singapura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas menggegar peminat-peminatnya di showcase ROCKL4SIK @ Esplanade pada 18 Mac 2023 yang lalu, kini kumpulan rock lagenda SEARCH, yang diketuai oleh King of Rhythm (Noordin) dan King of Tremolo (Kid), bersama Yantoi (bassist), Firdaus (keyboardist), Min (drummer) dan vokalis Den Den, kembali untuk “gegaran susulan” di THE THEATRE AT MEDIACORP, pada hari SABTU, 09 SEPTEMBER 2023 JAM 8.00 MALAM.

    Konsert ini boleh dikatakan hasil kolaborasi tiga negara iaitu gabungan SEARCH, kugiran rock dari Malaysia, dengan vokalis dari Indonesia, Den Den. Manakala RAB INTERNATIONAL (S) PTE LTD dari Singapura pula telah diberi kepercayaan penuh dalam pengurusan artis dan penganjuran konsert.

    Bagi pihak penganjur, usaha sama ini terbit demi untuk menghiburkan para peminat dan pencinta muzik, bukan sekadar tanah air tetapi, seluruh Asia Tenggara.

    RAB International dan SEARCH juga memenuhi tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility) dengan mengunjungi dan berinteraksi bersama para penghuni Rumah Peralihan PERTAPIS (PHH).

    “Ini kali pertama kami, SEARCH, terlibat dalam acara kebajikan di Singapura. Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada para penghuni,” tambah Noordin.

    Selaku penganjur konsert pula, RAB International berikrar bahawa S$10 dari hasil penjualan setiap tiket konsert akan disalurkan kepada benefisiari konsert iaitu Rumah Peralihan PERTAPIS.

    RAB International (S) Pte Ltd menyeru peminat agar segera mendapatkan tiket konsert yang kini semakin laris melalui :-

    Atas Talian : www.sistic.com.sg/events/rockin0923
    Belian Terus : Kesemua Agen SISTIC di seluruh SIngapura. www.sistic.com.sg

    TIKET KONSERT
    Standard: S$238 (Rampage), S$188 (Fenomena), S$158 (Karisma), S$128 (Terbaik), S$98 (Rockestra). Restricted View: S$118 (Terbaik), S$88 (Rockestra).

    Untuk pembeli tiket S$238 (Rampage), pihak penganjur telah menyediakan cenderahati istimewa dan sesi Meet & Greet bersama SEARCH selepas tamat persembahan konsert.

    ALSO READ:  Tanda Menghormati Perang Antara Palestin-Israel, Anugerah MTV Sah Dibatalkan

    Para pembeli tiket boleh “Add On” S$100 untuk merebut peluang makan malam bersama SEARCH di The Malayan Council (Fullerton). Acara eksklusif ini terhad kepada 30 orang sahaja.

    Pihak penganjur juga turut menyediakan talian khas buat syarikat, persatuan, organisasi dan individu yang ingin membeli tiket secara pukal (bulk purchase), anda boleh menghubungi talian +65 8338 3002.



    Credit: #ApaPlan – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts