Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKumpulan Tarian Jepun Avantgardey Bakal Mengadakan Persembahan Debut Secara ‘Live’ Di Kuala...

    Kumpulan Tarian Jepun Avantgardey Bakal Mengadakan Persembahan Debut Secara ‘Live’ Di Kuala Lumpur, Disember Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dikenali sebagai kumpulan dengan seragam sekolah misteri dan rambut pendek, kumpulan tarian dari Jepun iaitu Avantgardey dengan bangganya mengumumkan bakal mengadakan persembahan debut mereka secara langsung di Malaysia dalam jelajah Asia yang paling dinantikan ramai.

    17 orang penari

    Dibawakan oleh 43 dan Westec Media, dengan kerjasama Sum Supreme Media (HK) Limited, dan dipromosikan oleh 43, Jelajah Asia Avantgardey di Malaysia bakal berlangsung pada 22 Disember, pukul 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

    Kumpulan tarian wanita yang sangat popular dari Osaka, Jepun ini terdiri daripada 17 penari yang sangat mahir dan ekspresif sehinga menggemparkan dunia.

    Persembahan mereka di America’s Got Talent telah viral sehingga mendapat pengikut antarabangsa yang ramai dan pengiktirafan daripada Vogue Japan sebagai bintang baru pada tahun 2023. Pencapaian ini mengukuhkan status Avantgardey sebagai kuasa besar dalam dunia tarian.

    Avantgardey akan melakukan persembahan lebih kurang 1 jam 20 minit. Mereka bakal menunjukkan kreativiti dan ekspresi yang luar biasa kali ini di samping terdapat gabungan visual yang menakjubkan. Ini juga merupakan peluang buat penonton di Malaysia menyaksikan bakat mereka secara langsung.

    Sekadar info, jualan tiket umum akan bermula pada 22 September 2024 melalui Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/43/avantgardeyasiatourmy. Sesiapa yang melebihi ketinggian 80cm perlu membeli tiket untuk kemasukan.

    Harga Tiket adalah seperti berikut:

    • RM680 (VIP Box Pass)
    • RM480 (CAT 1)
    • RM480 (Tempat Premium)
    • RM380 (CAT 2)
    • RM280 (CAT 3 – Berdiri Bebas).

    Terdapat juga Pakej Meet & Greet yang berharga RM880, termasuk satu tempat CAT 1 di lima baris pertama, akses ke Sesi Hi-Wave, Polaroid Bertandatangan dan Gambar Kumpulan 1:1 dengan ahli, sementara pemegang tiket lain berpeluang untuk memenangi manfaat peminat.

    ALSO READ:  Fatimah ‘The Family UK’ Mengalami Pendarahan & Semakin Lemah, Ibu Mohon Doa Orang Ramai

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts