Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKunci Untuk Bekalan Tenaga Yang Stabil & Mampan

    Kunci Untuk Bekalan Tenaga Yang Stabil & Mampan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


      

    Menurut pemerhati industri, kestabilan kewangan TNB adalah kunci untuk memastikan bekalan elektrik kekal stabil, mampan dan cekap.

    Dengan permintaan tenaga yang terus meningkat dan usaha menuju ke arah tenaga hijau, TNB perlu memastikan mereka mempunyai kewangan yang kukuh untuk melabur dalam infrastruktur baharu dan menaik taraf sistem sedia ada.

    Jom kita tengok bagaimana TNB memastikan semua ini boleh dicapai serta mengapa ia penting untuk kita semua.

    Lebih daripada sekadar untung rugi

    TNB bukan sekadar syarikat tenaga biasa. Mungkin ramai yang tidak tahu tapi sebenarnya kewangan TNB bukan hanya untuk TNB, ia juga berkait rapat dengan kestabilan ekonomi negara. Kenapa?

    Pelaburan infrastruktur

    Bayangkan grid elektrik sebagai ‘lebuh raya’ untuk elektrik. Jika lebuh raya ini rosak atau terlalu sempit, akan berlaku kesesakan (gangguan bekalan). Untuk memastikan ‘lebuh raya elektrik’ ini berjalan lancar, TNB perlu membuat pelaburan besar untuk menaik taraf grid dan membangunkan infrastruktur baharu.

    Menyokong permintaan elektrik yang semakin meningkat:

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan elektrik di Malaysia semakin melonjak. Pada Julai 2024, permintaan elektrik mencatatkan rekod tertinggi 20,066MW. Untuk memenuhi permintaan ini, TNB perlu memastikan sistem mereka cukup kuat dan fleksibel.

    Menjana dividen untuk rakyat:

    Pada tahun 2023, TNB membayar dividen sebanyak RM2.66 bilion kepada pemegang saham, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memberi manfaat kepada rakyat secara tidak langsung. Secara ringkasnya, apabila TNB berjaya berjaya mencatat rekod kewangan yang baik, maka ekonomi negara juga mendapat manfaatnya.

    Pelaburan hijau demi masa depan tenaga yang lebih bersih & mesra alam

    Dalam era dimana dunia semakin ke arah tenaga boleh diperbaharui (RE), TNB mengambil langkah berani dengan mempercepatkan peralihan tenaga hijau demi masa depan yang lebih lestari.

    ALSO READ:  Alasan Peribadi Saya Mengenai Keputusan Untuk Bersara - Nazim Othman

    Menurut Affin Hwang Capital, TNB sedang giat melaksanakan rancangan pelaburannya untuk mengembangkan portfolio Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) syarikat itu.

    Projek hidro Nenggiri 300MW milik TNB kini sedang dibangunkan dan dijangka siap menjelang suku kedua 2027.

    Selain itu, TNB juga sedang meneruskan program lanjutan hayat hidro Sungai Perak bernilai RM4 bilion hingga RM5 bilion (651MW), serta projek hibrid hidro dengan solar terapung di Chenderoh (45MWp) dan Temenggor (300MWp).

    Inisiatif lain termasuk Program Tenaga Hijau Korporat (Corporate Green Power Programme) dengan kapasiti 135MWp dan pembangunan ladang solar hijau (greenfield solar) di United Kingdom (102MWp).

    TNB turut merancang untuk membangunkan lima Taman Solar Berpusat (CSP), masing-masing dengan kapasiti 150MWp.

    Buat masa ini, TNB merancang untuk menyalurkan tenaga hijau daripada lima CSP berpusat ini kepada pelanggan di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat (CRESS).

    Kesejahteraan kewangan TNB bukan hanya soal keuntungan syarikat, tetapi ia memainkan peranan besar dalam menjamin bekalan tenaga yang stabil untuk rakyat Malaysia.

    Daripada melabur dalam infrastruktur tenaga hijau hingga menyokong pertumbuhan permintaan tenaga yang semakin meningkat, TNB kekal komited dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan elektrik yang bersih, stabil dan mampan.

    Dengan pelaburan strategik dan pengurusan kewangan yang baik, TNB bukan sahaja memastikan lampu anda sentiasa menyala, tetapi juga membina masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts