Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKurang Minat Dalam Berlakon Menjadikan Haeriyanto Mencuba Nasib Sebagai Pengarah

    Kurang Minat Dalam Berlakon Menjadikan Haeriyanto Mencuba Nasib Sebagai Pengarah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Haeriyanto Hassan, memberitahu dia mahu menceburi bidang pengarahan selepas ini dan bercadang meninggalkan kerjaya lakonan.

    Diserang angin ahmar

    Menurut Haeriyanto, sejak diserang angin ahmar pada tahun 2022, semangatnya untuk berlakon dan berada di dalam kaca televisyen sudah tidak sama seperti dulu.

    Semangat saya jadi lain sikit, sebagai pelakon dah kurang. Jadi, saya cari sesuatu yang baru untuk semangat itu membara semula. Saya rasa sekarang masa terbaik untuk beralih bidang.

    Saya sedang berjinak-jinak sebagai pengarah. Peluang itu ada sebelum ini sebab ramai penerbit tawarkan jadi pengarah, cuma saya yang belum mulakan langkah.

    Lepas kena angin ahmar, lakonan agak terganggu jadi saya putuskan mulakan langkah dalam pengarahan.

    Pelakon drama ‘Hati Tercarik Luka’ ini turut berkata, dia baru memasang niat tersebut tetapi belum memulakan karier baru ini.

    Saya tidaklah berharap penerbit dengar luahan saya, tapi saya dah buka mulut kepada beberapa penerbit yang saya rapat. Semua cakap okey dan bila saya kata sedia, mereka akan berikan tanggungjawab itu.

    Bagi saya apabila pasang niat, saya akan mulakan langkah dan usaha sendiri. Insya-Allah dulu saya antara nak dengan tidak. Sekarang memang nak. Pasti ada tawaran nanti.

    Disoal mengenai tahap kesihatan, Haeriyanto memberitahu dia sudah pulih sebanyak 95 peratus. Namun begitu, dia perlu menjalani pemeriksaan susulan setiap enam bulan di hospital.

    Alhamdulillah, boleh dikatakan saya dah 95 peratus sihat dan aktif berlakon semula serta berniaga.

    Saya boleh berjalan cuma ada pincang sikit. Saya dah melalui proses untuk pesakit angin ahmar di mana akan cepat letih dan cepat mengantuk. Proses itu dah lepas.

    Dari segi keletihan boleh dikatakan saya kembali normal serta boleh bekerja dari pagi sampai malam. Cuma saya minta pada produksi dalam sehari ‘shooting’ untuk berehat dalam sejam, dua.

    ALSO READ:  Kisah Sedih: ‘Raya Saya Tahun Ini Kosong Tanpa Kehadiran Bapa’ – Nur Shahida Berbicara Mengenai Persiapan Syawal

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts