Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKurangkan Pembaziran, Jimatkan Bil Elektrik Dengan Mudah!

    Kurangkan Pembaziran, Jimatkan Bil Elektrik Dengan Mudah!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setiap kali bil elektrik sampai, mesti ramai yang terkejut tengok angka dekat bil tu kan? Tapi pernah tak kita terfikir, apa punca bil elektrik naik mendadak?

    Dari corak penggunaan aircond sampai lampu yang terpasang sepanjang malam, semuanya menyumbang kepada penggunaan tenaga yang tinggi.

    Walaupun Malaysia masih kekalkan tarif elektrik rendah, tetapi ada juga cara untuk jimat bil!

    Dengan langkah-langkah ini, kita bukan sahaja dapat mengurangkan bil elektrik, tetapi juga dapat menjadikan rumah kita lebih jimat tenaga dan selesa. Antaranya: 

    • Tutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan
    • Set suhu penghawa dingin antara 24-26°C
    • Gunakan peralatan cekap tenaga 
    • Pastikan peti sejuk tidak terlalu penuh dan kawasan penghawa dingin bersih
    • Buka langsir untuk cahaya semula jadi

    Bukan saja bekalan elektrik kita antara yang paling stabil, malah tarifnya juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran di Asia Tenggara.

    Tenaga elektrik di Malaysia dijana daripada arang batu dan gas

    Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata bahawa terdapat pelbagai risiko yang berkaitan dengan kebergantungan ini.

    Lebih 90% tenaga elektrik di Malaysia dijana daripada arang batu dan gas. Ia perlu diimport kerana sumber tempatan agak terhad. Malangnya, harga bahan api ini sering naik turun akibat konflik seperti perang Rusia-Ukraine, menyebabkan kos penjanaan tenaga meningkat.

    Kira-kira 70% daripada bil elektrik kita digunakan untuk kos penjanaan tenaga, terutamanya untuk pembelian bahan api seperti arang batu dan gas, yang merupakan sumber utama elektrik. Baki 30% pula merangkumi perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan untuk memastikan bekalan elektrik ke rumah kita berjalan lancar.

    ALSO READ:  20 Tahun Jadi Penyanyi, Bob Yusof Teruja Terima Anugerah Penghargaan ‘Best Achievement Award In Entertainment Industry’

    Antara Julai hingga Disember 2022, kos bahan api meningkat sebanyak RM16.2 bilion dan kerajaan membelanjakan RM10.76 bilion untuk subsidi demi memastikan tarif kekal rendah.

    Masih murah di Malaysia walaupun kos penjanaan tinggi!

    Walaupun kos jana tenaga makin mahal, tarif elektrik di Malaysia kekal antara yang terendah.

    Ini adalah kerana pengecualian cukai dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Pengguna yang guna kurang 600kWh sebulan tak perlu bayar cukai perkhidmatan 8%, ia melibatkan 85% isi rumah di Malaysia.

    Kerajaan juga belanja RM1.935 bilion dari Januari hingga Jun dan tambahan RM2.192 bilion hingga hujung tahun ini untuk subsidi. Selain itu, keluarga miskin tegar dapat rebat RM40 sebulan melalui Program Rebat Elektrik, dengan peruntukan RM55 juta untuk mereka yang berdaftar dalam e-Kasih.

    Langkah ini bukan saja meringankan beban rakyat, tapi juga menyokong pembangunan infrastruktur, kesihatan, dan pendidikan negara.

    Selain itu, ada juga pelan penjimatan tenaga untuk masa depan

    Malaysia mensasarkan pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 21% menjelang 2040 melalui National Energy Transition Roadmap (NETR) yang dilancarkan pada Julai 2023.

    Dalam jangka masa terdekat, negara berhasrat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 15% di sektor kediaman dan 22% di sektor perniagaan, dengan sasaran meningkat kepada 20% untuk kediaman dan 23% untuk perniagaan menjelang 2050.

    Di samping itu, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dijangka meningkat kepada 31% pada 2025, 40% pada 2035, dan 70% pada 2050. Ini juga disokong oleh akta undang-undang Energy Efficiency Conservation Act 2023 yang bertujuan untuk mengawal pembaziran tenaga dan menyokong pembangunan hijau negara.

    Malaysia sedang bergerak ke arah penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro. Matlamatnya, 70% tenaga kita akan datang dari sumber hijau menjelang 2050. Korang pun boleh jadi sebahagian daripada perubahan ni dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih mesra alam.

    ALSO READ:  Aina Abdul Beri Jaminan Kepada Peminatnya Selepas Persembahan 'Back To Back' di #AJL38

    Apa tunggu lagi? Jom mula berjimat sekarang! Kecil bagi kita, besar impaknya untuk bumi. Sama-sama kita ubah gaya hidup dan pastikan masa depan yang lebih hijau untuk generasi akan datang.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts