Dulu cakap tak pernah buat pembedahan plastik… Sekarang ini mengaku pula pernah buat?
Jutawan dan bintang realiti ‘The Kardashians’, Kylie Jenner baru-baru ini mendedahkan yang dirinya telah melakukan pembedahan plastik terhadap payudaranya. Dikongsi dalam salah satu episod rancangan realiti itu, Kylie memberitahu rakan baikkan, Stassie Karanikolaou bahawa dia berasa menyesal dengan tindakannya itu.
Pembedahan Payudara Di Usia 19 Tahun?
Dedah Kylie pembedahan tersebut dilakukan beberapa bulan sebelum dia melahirkan anak pertamanya iaitu Stormi Webster.
“Saya melakukan pembedahan ini sebelum mengandung. Enam bulan sebelum Stormi dilahirkan. Saya pun tidak menyangka akan mempunyai anak di usia 20 tahun. Ia (payudara) masih lagi dalam proses penyembuhan ketika itu.”
Katanya lagi, perbuatan tersebut sepatutnya tidak dilakukan sejak awal lagi. Sepatutnya jika dia atau mana-mana mahu membuat pembedahan plastik di bahagian payudara, mereka perlu menunggu selepas mendapat anak.
Tak Mahu Stormi Lakukan Perkara Yang Sama
Kylie juga mendedahkan sebagai seorang ibu, dia tidak mahu anak perempuannya, Stormi Webster untuk melakukan perkara yang sama sepertinya. Mahu anaknya mencintai dirinya sedia ada tanpa pengubahan di usia yang muda, Kylie akan menyokong dan menjadi ibu yang terbaik untuk Stormi.
“Saya akan sedih jika dia (Stormi) mahu mengubah badannya di usia 19 tahun. Dia adalah orang yang paling cantik. Saya mahu menjadi ibu yang terbaik dan contoh terbaik untuknya.”
Selain mendedahkan dirinya pernah melakukan pembedahan plastik di bahagian payudara, Kylie menafikan tanggapan bahawa dia telah menukar wajahnya. Akuinya, dia cuma hanya melakukan prosedur filler sahaja.
Credit: Kecantikan – Murai MY