Pada 11 Mei 2023, sidang media diadakan bagi mengumumkan bahawa, KyoChon 1991 Malaysia telah menjadi rangkaian ayam goreng Korea Antarabangsa pertama yang mendapat sijil pengiktirafan halal serta disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ini termasuk 10 cawangan di Selangor, 2 cawangan di Johor, 2 cawangan di Pulau Pinang dan 1 cawangan di Negeri Sembilan. Cawangan-cawangan yang terlibat di pusat membeli-belah seperti;
- 1 Utama
- Sunway Pyramid
- Setia City Mall
- Pusat Membeli-belah IPC
- IOI Mall Puchong
- Central I-City
- Seksyen 9 Bangi
- Bandar Botanik Klang
- Prima Sri Gombak
- Cheras Traders Square
- Johor Bahru City Square
- The Mall Mid Valley Southkey
- AEON Mall Nilai
- Arena Curve Pulau Pinang
- Sentral Jaya Pulau Pinang
Hadir pada sidang media KyoChon 1991 Malaysia untuk pemerolehan pensijilan halal mereka hari ini ialah Terry Goh, Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991 Malaysia, dan Mohd Fakarudin bin Mas’od, Ketua Penolong Pengarah Kanan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyampaikan sijil halal kepada KyoChon 1991.
Pensijilan halal, telah menjadi perjuangan berterusan bagi kebanyakan rangkaian dalam industri makanan dan minuman di Malaysia. Walaupun perlu melalui proses yang amat rumit. KyoChon 1991 Malaysia berdedikasi untuk menjadi jenama yang bole dipercayai oleh pelanggan di Malaysia.
Kesemua cawangan telah menjalani proses pengauditan ole JAKIM. KyoChon 1991 Malaysia bakal mengumumkan lebih banyak cawangan yang disahkan halal tidak lama lagi.
Untuk meraikan kejayaan ini bersama semua rakyat Malaysia KyoChon 1991 Malaysia menawarkan potongan 15% bagi santapan di cawangan, bawa pulang dan pesanan melalui web dari 12 Mei – 13 Jun 2023 (tiada perbelanjaan minimum diperlukan).
Pastikan anda ke KyoChon 1991 dan sertai sambutan kejayaan kami dengan menikmati ayam goreng asli Korea kegemaran anda!
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini KyoChon 1991 Malaysia serta pensijilan halal layari laman web mereka di: https://www.kyochon.com.my/
Credit: Selera – Murai MY