Tak ramai yang tahu, Lady Gaga pernah membuat pengakuan mengejut kepada orang ramai mengenai penderaan dan gangguan seksual yang dialaminya ketika berusia 19 tahun.
Insiden itu didakwa dilakukan oleh penerbit muzik yang identitinya Lady Gaga enggan dedahkan. Akuinya, kini dia enggan bertemu dengan penerbit itu lagi.
View this post on Instagram
Mengimbas kembali kejadian itu, Lady Gaga berkata dia sering diminta untuk menanggalkan pakaiannya di studio. Terpaksa lakukannya, penyanyi itu mendakwa penerbit itu telah mengugut untuk memusnahkan kariernya.
“Saya berusia 19 tahun ketika itu, dan seorang penerbit muzik berkata, “Tanggalkan pakaian awak”. Saya tak boleh berkata tidak, kerana saya ingat lagi mereka beritahu akan bakar semua muzik saya. Dan mereka tak berhenti, saya hanya kaku, saya tak ingat lagi”.
View this post on Instagram
Selepas kejadian rogol itu, Lady Gaga memberitahu dia telah hamil dan sakit selama berminggu-minggu akibat keganasan seksual yang dialaminya. Dia juga dikurung di dalam studio.
“Saya tidak memberitahu sesiapa selama tujuh tahun. Saya tak tahu bagaimana nak terima semua ini. Saya tak tahu bagaimana untuk menyalahkan diri sendiri atau berfikir bahawa ia salah saya. Ia mengubah siapa saya”.
Pengalaman pahit ini telah menjadi ancaman kepadanya hingga membuatkan Lady Gaga mengalami PTSD (Post-Traumatic Disorder) dan terpaksa menjalani terapi hingga dikejarkan ke hospital.