Semua orang tahu, baru-baru ini terdapat pelbagai insiden dan perkara yang berlaku di kalangan artis Malaysia.
Situasi ini turut memberi kesan kepada perjalanan dan kerjaya artis berkenaan.
Zed Zaidi Angkat Suara Mengenai Kontroversi Artis
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi telah memuat naik satu video di Instagramnya mengenai isu yang melibatkan kontroversi artis.
Dalam video tersebut, Zed Zaidi menyeru artis yang terlibat dalam kontroversi untuk tidak membuat kenyataan media berhubung isu tersebut.
“Lebih Nampak Bodoh”
Dalam hantaran itu, Zed Zaidi menyatakan, jika artis terus mengeluarkan kenyataan, ia akan menjejaskan imej dan membawa kesan buruk kepada mereka di mata masyarakat.
Apa bila artis menghadapi masalah atau terbabit dalam kontroversi, janganlah memberi sebarang komen atau membuat kenyataan media.
Dengan berbuat demikian, ia hanya akan menampakkan ketidakbijaksanaan mereka.
Zed Zaidi juga menegaskan, semakin banyak artis yang bersuara atau mempertahankan sesuatu isu yang melibatkan mereka, semakin banyak kebodohan yang dipamerkan oleh artis tersebut.
Semakin banyak kau bercakap dan mempertahankan isu tersebut, semakin ramai orang yang akan melihat kebodohan yang kau tunjukkan.
Tidak Mengaitkan Dengan Pihak Tertentu
Zed bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama atau isu khusus, tetapi memberikan pandangan secara keseluruhan.
Banyak yang bersetuju dengan pandangan yang dinyatakan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia itu dalam ruangan komen.