Penyanyi Salma Asis mengakui dia perlu bersemangat dan mencuba sesuatu yang baru agar namanya kembali dikenali ramai.
Tak bawa tuah
Menerusi temu bual bersama , Salma sedar namanya belum cukup dikenali ramai meskipun sudah lebih dari 10 tahun berada di dalam industri seni. Menurut Salma, penyanyi mana yang tidak berasa kecewa dan sedih apabila usaha mereka tidak membuahkan hasil. Namun begitu, pelantun suara ‘Aku Permata’ ini berkata, dia tidak pernah patah semangat untuk terus mencuba sesuatu yang baru.
Sebenarnya saya sudah berusaha mungkin orang belum nampak apa yang saya buat. Selama ini saya ada bawa keluar lagu baru. Cuma ia tidak mendapat sambutan. Bohong kalau saya kata tidak kecewa. Sudah pasti saya rasa down pada masa itu.
Saya kena bangkit dan ambil sudut positif dan melihat artis-artis lama dimana lagu-lagu mereka kini mula mendapat perhatian ramai. Selagi diberi kudrat saya akan tetap berusaha. Saya akan terus tampil dengan lagu baru.
Salma yang ditemui selepas konsert akhir Famili Duo musim keempat (FD4) pada Ahad lalu, sempat memberitahu kepada bahawa dia akan beralih ke genre rock selepas ini.
Disoal mengapa memilih lagu genre tersebut, Salma secara ringkas menjawab, lagu balada tidak membawa tuan kepadanya.
Lagu genre balada mungkin tidak membawa tuah kepada saya. Saya dah penat dengan balada dan mahu cuba genre rock pula. Saya mahu berikan nafas baru dan rasanya orang nak melihat saya dari perspektif yang berbeza. Mungkin selepas ini saya dikenali ramai.
Di akhir temu bual, Salma turut memaklumkan dia sedang dalam proses pembikinan lagu dengan kumpulan Floor88.