Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLagu ‘Diam’ Hael Husaini Menang Anugerah Best Theme Song (Malaysia) Di Asian...

    Lagu ‘Diam’ Hael Husaini Menang Anugerah Best Theme Song (Malaysia) Di Asian Academy Creative Awards 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Lagu ‘Diam’ yang menjadi runut bunyi utama (OST) bagi drama popular My Famous Ex-Boyfriend telah berjaya meraih anugerah ‘Best Theme Song or Title Theme (Malaysia)’ di Asian Academy Creative Awards 2024.

    Asian Academy Creative Awards

    Pengumuman kemenangan ini telah dibuat pada hujung minggu lepas, dan lagu ciptaan Hael Husaini bersama Iqie Hugh telah menempatkan diri sebagai pemenang bagi mewakili Malaysia dalam kategori berprestij ini.

    Asian Academy Creative Awards merupakan platform yang mengiktiraf karya kreatif terbaik dari seluruh Asia dalam pelbagai kategori, termasuk drama, filem, dokumentari, dan muzik tema. Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, malah membuktikan kualiti tinggi hasil karya seni tempatan yang mampu bersaing di persada global.

    Menurut Hael Husaini, dia amat terkejut apabila diberitahu bahawa lagu tersebut berjaya memenangi anugerah di peringkat serantau.

    Saya benar-benar tidak menyangka bahawa lagu ‘Diam’ akan terpilih dan memenangi anugerah ini. Saya sangat bersyukur kerana hasil kerja keras saya bersama Iqie Hugh diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kemenangan ini bukan sahaja untuk kami, tetapi juga untuk seluruh pasukan yang terlibat dalam penghasilan lagu ini.

    Lagu Diam merupakan salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album sulung Hael Husaini iaitu ‘Antonim Part I’ dan sehingga kini jumlah tontonan muzik videonya sudah melebih 2.1 juta tontonan di saluran Youtube Hael Husaini.

    Best Infotainment Programme

    Di samping itu, seorang lagi artis naungan Rocketfuel Entertainment, Aiman Ameer, turut mencipta sejarah apabila memenangi anugerah dalam kategori ‘Best Infotainment Programme’ di Asian Academy Creative Awards 2024.

    Aiman meraih kemenangan ini melalui program popular Jejak Tular, di mana beliau bertindak sebagai pengacara bersama rakan selebriti, Haiqal. Program ini yang mengupas isu-isu tular dalam masyarakat, telah berjaya menarik perhatian juri dengan pendekatan unik serta penyampaian yang dinamik dan segar.

    ALSO READ:  Zalif Sidek Nafi Masalah Disiplin Punca Nama Digugurkan Dari Dua Teater – ‘Kalau Dah Terima Tawaran, Saya Akan Buat Betul-Betul’

    Aiman Ameer meluahkan rasa syukur dan teruja dengan kemenangan ini.

    Saya sangat gembira dan tidak menyangka rezeki berpihak kepada saya serta seluruh pasukan Jejak Tular. Kami bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada penonton, dan kemenangan ini adalah bukti usaha gigih kami.

    Program Jejak Tular, yang memfokuskan kepada isu-isu sosial yang menjadi bualan di media sosial, telah berjaya mencipta pengaruh besar dalam kalangan penonton tempatan dan kini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pendekatan infotainment yang digunakan menjadikan program ini berinformasi dan menghiburkan, sekali gus mendapat tempat di hati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Kemenangan dua artis Rocketfuel Entertainment di Asian Academy Creative Awards 2024 ini mencerminkan kejayaan besar dalam melahirkan bakat-bakat berkualiti yang bukan sahaja berjaya di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Rocketfuel Entertainmen akan terus komited dalam pembangunan bakat dan penghasilan karya berkualiti serta berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang di masa akan datang.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts