Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLagu Untuk Hargai Ibu, Amir Hariz Hadiahkan “TERATAS”

    Lagu Untuk Hargai Ibu, Amir Hariz Hadiahkan “TERATAS”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kehilangan insan tersayang bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui apatah lagi melibatkan keluarga terdekat.

    Kehilagan Orang Yang Tersayang

    Itu juga yang dirasai oleh penyanyi baharu yang mahu dikenali dengan nama Amir Hariz tatkala berdepan dengan kehilangan ibu tahun lalu.

    Separuh jiwanya bagai direntap apabila orang paling disayangi pergi buat selama-lamanya sedangkan dia sedang bergelut untuk mengejar impian sebagai penyanyi dan pencipta muzik.

    Mahu memberikan tanda mata buat ibunya, Amir akhirnya mengeluarkan single berjudul Teratas yang sudah dilancarkan sejak sebulan yang lalu.

    Jelasnya, lagu ini sebenarnya sudah ada dalam simpannya ketika ibunya masih ada namun ia hanya disiapkan sebaik sahaja wanita paling dicintainya itu pergi buat selama-lamanya.

    Bukanlah Lagu Pertama

    via Aries Music

    Teratas pada dasarnya diilhamkan daripada impiannya untuk mengejar kejayaan dalam bidang ini selain mahu memahami ibu tentang pilihannya itu.

    Teratas bukanlah lagu pertama untuk Amir memandangkan dia sebenarnya sudah merakamkan tiga buah lagu sebelum ini yang terdiri daripada Akur, Peluang Kedua dan Penipu sebelum ini.

    Ketiga-tiga lagu berkenaan mendapat sambutan hangat daripada pendengar dan mencatatkan jutaan pendengar di semua platform digital termasuk YouTube.

    Sebagai info, Teratas yang diedarkan oleh Loonaq Records sudah dilancarkan secara rasmi pada 25 Julai lalu disemua pelantar digital.

    Video muzik (MV) lagu boleh ditonton melalui YouTube Loonaq Records.

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts