Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Lainnya Muka”- Ini Jawapan Jennifer Lawrence Bila Didakwa Buat Pembedahan Plastik

    “Lainnya Muka”- Ini Jawapan Jennifer Lawrence Bila Didakwa Buat Pembedahan Plastik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nampaknya warga net terus bercerita tentang penampilan bintang filem Jennifer Lawrence yang kelihatan berbeza sekali. Hal itu sehingga timbul spekulasi bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik.

    Menepis dakwaan ‘murah’, Jennifer Lawrence berkata teknik solekan adalah helah yang membuatkan wajahnya kelihatan berbeza, bukannya operasi plastik seperti yang dicanangkan. Disebabkan itu, dia sangat berterima kasih kepada jurusolek kerana membuatkan dirinya bertambah cantik setelah melahirkan anak.

    Foto – Getty

    Khabar angin tercetus ketika dia menghadiri pertunjukan fesyen Dior baru-baru ini. Di mana, wajah Jennifer Lawrence nampak lebih berseri-seri daripada biasa. Ada yang menganggap wanita 33 tahun ini telah menjalani suntikan filler di bibir dan hidung.

    “Saya memulakan kerjaya pada usia muda 19 tahun, jadi ada foto sebelum dan selepas ketika saya 19 dan 30 dan saya seperti, ‘saya membesar’. Saya kehilangan ‘lemak bayi’ di muka dan saya berubah kerana semakin tua,” kata Jennifer merasakan penampilannya berbeza kerana usia.

    Foto – Getty

    Sekarang dah jelas, Jennifer Lawrence menolak khabar angin mengenai wajahnya.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts