Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala LumpurFly Seoul from Kuala Lumpur
Thursday, August 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela Dalam Jendela Hati Kini...

    Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela Dalam Jendela Hati Kini Di Viu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW memperkenalkan siri melodrama romantik pertama untuk tahun ini bertajuk Jendela Hati.

    Bersiaran Selama 15 Episod

    via viu Malaysia

    Drama 15 episod ini akan mula ditayangkan 15 Feb 2024 pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu secara eksklusif hanya di aplikasi Viu.

    Drama yang diadaptasi dari novel terkenal karya Aisya Sofea ini dibintangi pelakon popular MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela.

    Drama arahan MP Roslin ini turut dibintangi oleh barisan pelakon lain seperti Safwan Nazri, Qistina Khaled, Toh Puan Syamim Farid, Dato Sri Shah Rezza dan Wilma Muhammad.

    Kisah Kembar Seiras

    Jendela Hati mengisahkan tentang kembar seiras Farah dan Sarah yang menjalani kehidupannya berbeza apabila Farah pergi untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara.

    Manakala Sarah pula berkahwin dengan Lukman Hafizi. Walaupun jauh, kembar tersebut tetap rapat.

    Kematian Sarah secara mengejut memberikan tamparan hebat kepada Lukman dan anak kecil mereka, Zarin.

    Kepulangan Farah ke Malaysia menambah kesedihan Lukman, kerana kehadirannya mengungkit kenangan bersama isterinya yang telah meninggal dunia.

    Namun, Farah yang tersepit dalam wasiat terakhir adiknya dan dilema perasaan sendiri akhirnya menyerah kepada takdir.

    Walaupun hubungan awal berdasarkan wasiat semata-mata, timbul bibit-bibit perasaan di antara Lukman dan Farah.

    Bagaimana Pengakhirannya?

    via Berita Harian

    Perasaan bersalah Lukman mengkhianati Sarah menyebabkannya menolak Farah dan Farah juga sedar dirinya cuba menggantikan arwah kakaknya. Bolehkah cinta mereka mekar di antara cabaran yang dihadapi? Dapatkah mereka mengikhlaskan hati dan bahagia akhirnya?

    Langgan Viu Premium untuk menonton episod terkini Jendela Hati dan pelbagai lagi rancangan hiburan Asia terbaik tanpa gangguan iklan.

    ALSO READ:  Berharap Tiada Yang Terasa, Kaka Sokong Gerakan Boikot Selebriti Yang Promosi Produk Sokong Israel

    Muat turun aplikasi Viu secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web  www.viu.com.

    Related articles

    Follow Us

    20,338FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts