Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLakonan Terlampau Menjadi, Pelakon Filem ‘Ipar Adalah Maut’ Dipukul Penonton Terlalu Emosi

    Lakonan Terlampau Menjadi, Pelakon Filem ‘Ipar Adalah Maut’ Dipukul Penonton Terlalu Emosi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Lakonan pelakon filem Ipar Adalah Maut iaitu Deva Mahenra sangat memberi impak besar sehingga berjaya mendatangkan emosi dalam diri penonton.

    Dipukul penonton

    Memetik laporan portal Kompas, Deva mendedahkan lakonannya itu membuatkan dirinya dibenci oleh penonton yang terlalu beremosi melihat babak-babak curang yang dilakukannya di dalam filem tersebut.

    Jadi filem ini kan berdasarkan kisah nyata dan saya sebagai ‘Aris’ telah curang dengan adik ipar saya sendiri.

    Sampaikan lakonan saya itu menjadi buah mulut penonton. Selepas habis tayangan perdana filem itu saya dimarah beramai-ramai.

    Dalam pada itu, suami kepada aktres jelita Mikha Tambayong ini mendedahkan dia juga pernah dipukul oleh penonton sewaktu menghadiri majlis mempromosikan filem tersebut di Pulau Jawa, Indonesia.

    Pernah sekali seusai majlis mempromosikan filem di Pulau Jawa, walaupun ketika itu para pelakon telah dijaga dengan rapi oleh pengawal keselamatan, ada penonton yang memukul saya kerana terlalu geram dengan lakonan saya.

    Tapi tak dapat tangkap siapa pelakunya.

    Soalnya, itu kan lakonan semata-mata, kenapa perlu sampai dilakukan sebegitu kepada saya.

    Sekadar info, filem ‘Ipar Adalah Maut’ merupakan adaptasi dari kisah benar yang menimpa seorang wanita di Indonesia.

    Selain Deva, filem arahan Hanung Bramantyo itu turut menampilkan Davina Karamoy dan Michelle Ziudith sebagai pelakon utama.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts