Selepas melalui fasa sukar sepanjang tahun ini kerana berdepan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja, Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias mengharapkan tahun depan dapat dilaluinya dengan lebih baik.
Beliau yang hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat untuk prosiding perbicaraan kes tersebut kelihatan terus kekal positif, malah lebih tenang berbanding biasa.
“Doa yang terbaik untuk Cik Man. Doa yang terbaik.
“Harapan saya semoga tahun depan lebih baik dan saya juga bersyukur dengan apa yang telah berlaku,” katanya.
Sementara itu peguamnya, Mohamad Zahid Ahmad turut meminta peminat PU Azman mendoakan yang terbaik untuknya termasuk keputusan kes di Mahkamah Sesyen Klang yang dijadualkan pada 26 Disember ini.
“Memang kita nak yang terbaik untuk anak guam kita dan harap dia dilepaskan. Apa-apa pun tunggulah keputusan nanti, semua ALLAH yang punya kuasa,” katanya.
Sementara itu, beliau memaklumkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Seremban akan bersambung pada 22, 23, 24 dan 26 April tahun hadapan.