Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLan Pet Pet Tidak Henti Berzikir, Syukur Kembali Sihat Selepas Ditahan Di...

    Lan Pet Pet Tidak Henti Berzikir, Syukur Kembali Sihat Selepas Ditahan Di Zon Merah – ‘Doktor Kata Empat Saluran Tersumbat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Lan Pet PetLan Pet Pet

    Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi detik cemas yang dialami apabila tiba-tiba jatuh sakit dan dikejarkan ke Hospital Melaka pada malam 31 Ogos lalu.

    Masuk zon merah

    Lan Pet PetLan Pet Pet

    Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 55, berkata, doktor memberitahu beberapa saluran dalam badannya tersumbat, namun tidak dipercayai oleh aktor tersebut.

    Kata Lan, dia jatuh sakit berkemungkinan disebabkan terlewat makan lalu menyebabkan perutnya masuk angin.

    Pada malam 31 Ogos lalu memang betul saya jatuh sakit, saya dimasukkan ke zon merah di Hospital Melaka, dalam jam 1o malam.

    Doktor beritahu ada empat saluran dalam badan saya ‘block’ (tersumbat), saya nafikan yang saya ada sakit jantung.

    Saya beritahu doktor, bukan masalah jantung tetapi ada masalah lain. Mungkin saya terlupa makan atau perut masuk angin sebab itu saya sakit. Waktu makan yang tidak menentu.

    Saya tidak pernah alami kejadian begitu, itu pertama kali. Tidak juga menunjukkan sebarang simptom sebelum saya jatuh sakit.

    Lan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

    Keajaiban zikir

    Seperti ada keajaiban, Lan berkata, keadaannya kembali sihat selepas dia tidak berhenti mengungkap kalimah zikir. Lantas, dibenarkan keluar hospital dan kembali meneruskan tugasan kerja.

    Sepanjang di hospital saya tidak henti zikir, alhamdulillah dapat keluar malam itu juga dan doktor terkejut saya boleh sambung kerja terus pergi ke sebuah konsert sempena Merdeka.

    Ahli Senario semua menangis lihat saya berada semula di konsert itu. Kami sudah macam adik beradik, apabila ada ahli yang sakit sudah pasti akan bersedih atau risau.

    Senario bertahan juga adalah kerana peminat yang sentiasa menyokong dari dahulu hingga kini.

    Tambah Lan, dia bagaimanapun dinasihati doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut di Institusi Jantung Negara.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Anak Sulung Raja Ilya Datang ‘Menyendeng’, Dibanjiri Komen Netizen!-“Bila Nak Dapat Adik…”

    Terdahulu, anggota Senario iaitu Saiful Apek memaklumkan Lan jatuh sakit pada hari persembahan mereka yang dijadualkan berlangsung pada malam 31 Ogos lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts