Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLana Nodin Kongsi Momen Suami & Anak Mengaji Iqra, ‘Position’ Guru Pula...

    Lana Nodin Kongsi Momen Suami & Anak Mengaji Iqra, ‘Position’ Guru Pula Dipersoal Netizen?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan usahawan, Lana Nodin berkongsi momen istimewa mengenai suami, Daud Mckenzie dan anak-anaknya sedang mengaji Iqra di bawah bimbingan guru yang dijemput ke rumah mereka.

    Lana menerusi hantaran di Instagram, turut menitipkan doa agar dia sekeluarga diberikan hidayah serta sentiasa beristiqamah kepadaNya.

    “Mi familia. Alhamdulillah, doakan suami dan anak-anak saya rajin dan selalu terbuka hati dekatNya serta doakan saya sendiri mendapat hidayah dan terus beristiqamah kepadaNya.”-tulis Lana di Instagram

    Dibanjiri Doa

    Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja melihat keluarga ini mahu belajar mengaji, malah ramai yang mendoakan agar Lana sekeluarga sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan.

    “Ya Allah, Kau berikan keberkatan dan lancar kepada keluarga ini yang berusaha mencari huruf-huruf kalam Mu. Aaminn.”

    “Saya doakan semua ahli keluarga Lana boleh membaca Al-Quan dengan baik dan lancar. Alhamdulillah.”

    “MasyaAllah, Alhamdulillah. Semoga keluarga Lana istiqamah menuju ke jalan yang diredhai Allah. Berkampunglah kalian di syurga kelak, InsyaAllah..Amin..”

    View this post on Instagram

    A post shared by Lana Nodin (@lananodinmckienzie)

    Kedudukan Guru Dipersoal Netizen?

    Di sebalik ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarga ini, terdapat netizen yang mempersoalkan kedudukan guru yang seharusnya duduk pada kedudukan yang lebih tinggi dari penuntut ilmu.

    “Lebih manis jika guru duduk lebih tinggi dari penuntut ilmu. Semoga dipermudahkan.”-komen seorang netizen

    Lana Beri Respon!

    Tidak berdiam diri, Lana dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa guru-gurunya lebih selesa untuk dilayani sebegitu dan sangat merendah diri.

    “Benda ni pun jadi masalah you jugak ya. Kapsyen saya punya la minta doa baik-baik, you comment macam ni pulak. Okay la lain kali saya tak akan post la apa-apa video lagi senang.

    Masa saya kecil dulu, ustazah saya duduk je atas lantai sama-sama tak ada masalah pun. Tak ada istilah siapa lebih tinggi, dia pun manusia jugak.

    Lagipun dia lebih selesa dilayani begitu dai diangkat tinggi, mana-mana cikgu pun macam tu kot. Tak tahu la cikgu awak amcam mana pulak kena layan dia. Teacher saya semua mudah dan merendah diri.”-balas Lana

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Shuib Titip Doa Depan Kaabah, Ajak Shiro & Fad Bocey Rasa Sebak



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts