Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLana Nodin Sekeluarga Tunai Umrah, Netizen Titip Doa

    Lana Nodin Sekeluarga Tunai Umrah, Netizen Titip Doa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Lana Nodin memaklumkan bahawa dia sekeluarga berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.

    Perkara itu dikongsi sendiri oleh Lana menerusi hantaran di Instagram, yang menitipkan rasa syukur apabila dia sekeluarga diberi peluang untuk mengerjakan ibadah Umrah secara DIY.

    “Alhamdulillah tahun ni Allah SWT mengizinkan kami sekeluarga mengerjakan Umrah DIY bersama suami dan anak-anak. Terima kasih sahabat-sahabat dan ahli-ahli keluarga yang mendoakan perjalanan kami selamat sampai di sini.

    Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati anda semua dan semoga perjalanan Umrah ini mendapat hidayah untuk kami sekeluarga dan menjadikan Umrah ini Umrah yang mabrur. InsyaAllah, Aamin.”-kongsi Lana di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Lana Nodin (@lananodinmckienzie)

    Netizen Titip Doa

    Perkongsian Lana dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya menitipkan doa agar segala urusan ibadah Umrah Lana sekeluarga dipermudah, malah ada yang sempat meluahkan rasa terharu melihat keluarga pelakon filem Chow Kit ini berjaya membimbing suaminya, Daud Mckenzie ke jalan Allah.

    “Semoga mabrur dan dimurahkan rezeki sehingga kaya raya untuk membantu sesama insan.”

    “Aku memang dah lama jadi hormat dan suka kat Lana sejak dia berubah. Ya Allah, kali ni Lana dah selangkah mengatasi kita semua. Terbaik Lana, dia benar-benar berniat untuk berubah dan menjadi muslimah yang lebih baik, makah Allah lorongkan jalan yang terbaik untuk dia sekeluarga.

    “MashaAllah tabarakallah syukur alhamdulillah akak and family. may allah swt ease your journey, 😍😍😍🙏🏻🙏🏻🤲🏻🤲🏻.”

    “Semoga mabrur alhamdulillah…saya respect sangat-sangat @lananodinmckienzie bimbing suami mualaf ke jalan Allah…artis yang kawen mualaf semoga kekal bahagia ke jannah aamiin.”

    Apa komen anda.?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts