Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLanggar Perjanjian, Sepatutnya Fazura Dan Fattah Tak Boleh “Londehkan” Aib Masing-Masing

    Langgar Perjanjian, Sepatutnya Fazura Dan Fattah Tak Boleh “Londehkan” Aib Masing-Masing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam syarie Zulkifli Che Yong, yang mewakili pelakon Fattah Amin, 33, baru-baru ini mengulas mengenai terma perjanjian cerai antara anak guamnya dan bekas isterinya, Nur Fazura, 41.

    Dalam perbincangan tersebut, Zulkifli menekankan pentingnya menjaga aib dan tidak memburukkan antara satu sama lain setelah perjanjian ditandatangani.

    Zulkifli menyatakan bahawa dia sentiasa memberikan nasihat kepada Fattah agar tidak melanggar perjanjian yang telah dipersetujui.

    “Masing-masing ada alasan tetapi berdasarkan perjanjian ini, tidak boleh diaibkan. Saya belum menilai kenyataan pihak sana (Fazura). Anak guam saya perlu menilai dulu apa kenyataan-kenyataan yang berbentuk tohmahan atau mengaibkan dan sekiranya berlaku, ia satu pelanggaran terhadap perjanjian,” katanya.

    Sebelum ini, Fazura telah mendedahkan punca perceraian mereka yang dikatakan disebabkan oleh kecurangan Fattah. Dia juga menyatakan bahawa bekas suaminya tidak memberikan nafkah kepada mereka dan anak mereka, Nur Fatima Aisya, yang berusia empat tahun.

    Fazura turut menekankan pengorbanan yang telah dilakukannya, termasuk membelikan kereta mewah jenis Range Rover untuk keselesaan Fattah serta menyediakan rumah dan makan minum mereka.

    Dalam hal ini, Zulkifli menjelaskan bahawa sekiranya berlaku pelanggaran terhadap perjanjian itu, pihak yang merasa teraniaya boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah.

    “Sekiranya dibenarkan, mahkamah akan mengeluarkan satu notis tunjuk sebab kenapa seseorang itu tidak patut dipenjarakan kerana tidak melaksanakan perintah yang telah ditetapkan. Justeru, kedua-dua pihak perlu melaksanakan terma-terma yang sudah dipersetujui,” ujarnya.

    Sementara itu, Fattah ketika ditanya mengenai tindakan terhadap Fazura, menyatakan bahawa dia akan berbincang dengan peguamnya untuk meneliti kemungkinan pelanggaran yang telah berlaku.

    Dalam situasi ini, Fattah sekali lagi menegaskan bahawa tuduhan kecurangan itu adalah palsu.

    “Tuduhan (curang) itu palsu, tiada isu curang. Kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa. Tindakan? Kita akan berbincang untuk menilai,” katanya.

    Fattah melafazkan cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

    ALSO READ:  Kak KM Nasihat Fattah & Fazura Jangan Pentingkan Perasaan Sendiri, Fikir Tentang Anak – ‘Kalau Salah, Minta Maaf’

    Hakim Syarie kemudian mensabitkan perceraian dan memerintahkan Fazura untuk menjalani tempoh idah selama tiga kali suci.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts