Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLarangan Puteri Sarah Untuk Bicara Mengenai Kes Rumah Tangga Diperpanjang Hingga 8...

    Larangan Puteri Sarah Untuk Bicara Mengenai Kes Rumah Tangga Diperpanjang Hingga 8 Jun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Perintah injuksi yang dikenakan terhadap pelakon, Puteri Sarah Liyana yang memerlukannya untuk tidak memberikan sebarang komen berkaitan perihal rumah tangganya dilanjutkan sehingga 8 Jun nanti.

    Permohonan Syamsul lulus

    Memetik laporan Berita Harian, ia susulan permohonan dibuat suaminya yang juga merupakan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof untuk melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Jumaat.

    Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan perintah injunksi berkuat kuasa sehingga 8 Jun atau sehingga pada sebutan seterusnya bagi kes inter-parte (kedua-dua pihak).

    Kami sudah mendapat perintah melanjutkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi. Syamsul hadir ke mahkamah pagi tadi bersama saya.

    Sebelum ini, injunksi hanya dibuat selama 30 hari. Jadi kami mohon untuk melanjutkannya sehingga 8 Jun dan, atau hingga diputuskan kelak.

    Pada 8 Jun nanti, peguam Puteri Sarah kena masukkan afidavit jawapan. Jadi, pada hari itu, hakim akan tengok lagi sekali perkara ini.

    Disebabkan perintah inilah, dalam tempoh sebulan ini, Puteri Sarah dilihat tidak memberikan apa-apa komen.

    Azmi turut memaklumkan bahawa perintah injunksi tersebut adalah bertujuan untuk menjaga ketenteraman kedua-dua pihak serta untuk mengelak komen bersifat subjudis dikeluarkan terhadap mereka.

    Disebabkan kes nusyuz masih belum berlangsung, namun, macam-macam komen sudah keluar. Jadi, untuk mengelak komen berkaitan suami isteri ini keluar, kami mohon perkara ini di mahkamah.

    Kelmarin melaporkan bahawa permohonan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof untuk melanjutkan perintah tempoh masa injuksi yang diperoleh isterinya, Puteri Sarah Liyana ditolak pihak mahkamah.

    Permohonan itu ditolak susulan ketidakhadiran Syamsul pada sebutan kes pertama pada Khamis di hadapan Hakim Syarie Abdullah yang memerintahkan agar kes tersebut didengar secara inter-parte (kedua-dua belah pihak).

    ALSO READ:  [VIDEO] Pengakuan Jujur Aina Abdul Bila Dirinya Dibandingkan Dengan Siti Nurhaliza

    Sehubungan dengan itu, Puteri Sarah diperintahkan untuk tidak mengeluarkan, memuat naik, menyiarkan, menghebah, atau menulis apa-apa kenyataan, tulisan fitnah, maklumat, gambar atau klip video di mana-mana laman media sosial, media cetak dan atau media elektronik.

    Sekadar info, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan berikutan pada 18 April lalu Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap Ira Kazar, manakala pengarah tersebut juga meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

    Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi. Susulan itu, Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, awal tahun ini.

    Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts