Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLatihan Khidmat Negara (PLKN) Tidak Akan Dilaksanakan Pada 2024, Dijangka Bermula 2025

    Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tidak Akan Dilaksanakan Pada 2024, Dijangka Bermula 2025

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pertahanan mengumumkan bahawa program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak akan dilaksanakan pada tahun 2024, sebaliknya dijangka akan bermula semula pada tahun 2025.

    Menteri tersebut, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa ini disebabkan peruntukan untuk melaksanakan program tersebut tidak termasuk dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu.

    “Kemungkinan PLKN ini untuk dilaksanakan semula pada 2024 memang tidak wujud kerana tidak diperuntukkan pun (dalam Belanjawan 2024). Sekiranya kita ingin menggunakan kem-kem wataniah, seperti yang saya sebut sebelum ini, kita perlu menaiktaraf dulu kem tersebut secara ‘one-off’.

    “Terdapat 13 kem wataniah di seluruh negara. Oleh itu, butiran dan mekanisme pelaksanaannya, kementerian akan bekerjasama dengan semua pihak terutamanya NGO, masyarakat dan lain-lain sebelum kita membuat keputusan dan mendapat kelulusan untuk menyambung semula PLKN, mungkin pada tahun 2025,” katanya di Dewan Rakyat pada hari Khamis.

    Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan.

    Mohamad, yang juga Ahli Parlimen Rembau menambah bahawa program yang dimansuhkan pada tahun 2018 tersebut telah diluluskan oleh kabinet untuk kementerian memulakan kajian bagi menghidupkan semula PLKN.

    Jelasnya, pelbagai pilihan telah dikaji termasuk cadangan agar melibatkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Pada 31 Oktober lalu, Mohamad melaporkan bahawa PLKN akan dilaksanakan menerusi dua fasa.

    Menurutnya, Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

    Manakala, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan Askar Wataniah sedia ada.

    ALSO READ:  “Rumah Tangga Mana Yang Tak Bergelora…”-Datin Shahida

    Kementerian Pertahanan kemudian dalam kenyataan berasingan memaklumkan hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani PLKN sekiranya program tersebut dilaksanakan semula.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts