Sejak beberapa hari ini, tular khabar angin mengenai pelakon Laudya Cynthia Bella yang didakwa telah menjadi isteri ketiga seorang ustaz terkenal di Indonesia.
Laudya Cynthia Bella kahwin lagi?
Dakwaan tersebut mula tercetus selepas seorang pengguna media sosial memuat naik satu hantaran mengucapkan tahniah kepada Bella dan Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri atas pernikahan yang berlangsung baru-baru ini.
Hantaran tersebut dipercayai dikongsi semula di laman sosial popular, Lambe Turah sebelum ianya menjadi perhatian wargamaya.
Lebih mengejutkan ramai apabila mereka mengetahui status Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri yang sudah beristeri dua dan Bella didakwa menjadi isteri ketiga pendakwah itu.
Susulan daripada itu, rakan baik Bella tampil menafikan dakwaan tersebut dan menanggap ianya satu fitnah.
Bella cakap dia sedih dengan berita tak sahih yang viral di media sosial.
Bella juga dan izinkan saya untuk memberitahu perkara ini kepada umum.
Walau bagaimanapun, rata-rata wargamaya berpendapat bahawa alangkah baiknya jika Bella sendiri tampil memberi penjelasan dan bukannya dengan menggunakan ‘orang tengah’.